Page 11 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 11
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Majlis Hijabah untuk menjaga Kaabah.
• Ketua Kabilah (Syeikh Kabilah) -Wakil daripada kaum-kaum yang membentuk
kabilah akan
melantik seorang ketua atau Syeikh untuk mengetuai kabilah mereka. Syeikh haruslah
mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan boleh mempengaruhi angota-angota kabilahnya. Oleh
itu, Syeikh sangat dihormati dan ditaati. Seseorang individu atau anggota kabilah
hendaklah patuh kepada Syeikh kerana beliau mempunyai kedudukan yang tinggi. Cthnya,
Syeikh akan mempengerusikan Majlis Kabilah. Syeikh juga bertanggungjawab
menyelesaikan masalah dalam kabilahnya, membuat perjanjian dengan kabilah-kabilah
lain, melayan tetamu dan memberi perlindungan. Jelaslah bahawa Syeikh begitu penting
dalam struktur organisasi kabilah dan diletakkan di tahap yang tinggi dan sangat dihormati
oleh kabilahnya.
• Darul Nadwah - Darul Nadwah berasal dari kata dar yang bererti rumah, dan nadwah
bererti pertemuan atau bertukar kata. Darul Nadwah berfungsi sebagai balai pertemuan,
tempat masyarakat berkumpul, bermusyawarah dan tempat menyelesaikan masalah di
antara mereka. Darul Nadwah juga penting dalam pemilihan pemimpin, mengadakan
kontrak sosial, membuat perjanjian damai, menyelesaikan masalah perang antara suku,
mengorganisasi ketenteraan serta membincangkan masalah perkahwinan.
• Dari aspek politik, masyarakat Arab jahiliah telah menunjukkan ketamadunan yang tinggi
dengan kejayaan mendiri dan mengendalikan beberapa buah kerajaan seperti Main,
Saba’, Himyar yang terletak di selatan Tanah Arab, manakala kerajaan Hirah, Tadmor,
Nabat dan Ghassan terletak di sebelah utara. Kerajaan-kerajaan ini lengkap dari segi
struktur pentadbirannya kerana mempunyai raja dan menteri, para pegawai, pentadbir
awam dan tentera, serta mempunyai sistem ketenteraan dan pertahanan tersendiri.
• Jelaslah masyarakat jahiliah telah mempunyai ketamadunan yang tinggi dalam aspek
politik dan pentadbiran.
2. Kemajuan bidang pertanian
• Bangsa Arab bergiat aktif dalam sektor pertanian sebelum zaman Islam. Sebahagian
mereka menetap di kawasan bandar dan mahir dalam bidang pertanian. Mereka mendapat
hasil melimpah ruah dari kebun-kebun anggur yang dikelilingi oleh pokok-pokok tamar,
selain turut menanam tanaman seeperti zaitun dan delima.
• Bangsa Arab telahpun mempelajari pelbagai teknik pertanian di Syam dan mempunyai
kelebihan dalam mengenali kesesuaian tanah untuk jenis-jenis pertanian tertentu.Mereka
juga mampu membina dan menggunakan tali air, terusan dan empangan seperti
Empangan Maarib.Kesemua ini membuktikan ketamadunan bangsa Arab jahiliah dalam sektor
pertanian dan sektor lain yang berkaitan dengannya.
3. Kemajuan bidang perdagangan
• Masyarakat jahiliah di Makkah terlibat dalam bidang perdagangan dan mereka berjaya
menguasai beberapa jaringan jalan perdagangan utama di sekitar tanah Arab. Kegiatan perdagangan
telah menjangkau sehingga ke Afrika dan utara Semenanjung Tanah Arab
seperti Syria dan Palestin.
• Kota Makkah menjadi pusat perdagangan utama dan dikunjungi ramai pedagang luar.
Pasar-pasar seperti Ukz dan Zul Majaz merupakan pusat-pusat perdagangan yang
terkenal. Urusan perdagangan pula menggunakan wang emas dan perak sebagai alat
tukaran menggantikan kaedah tradisional iaitu kaedah tukar barang.
• Pada musim sejuk, masyarakat jahiliah berdagang ke Yaman, selatan Tanah Arab dan
pada musim sejuk pula, mereka berdagang ke Syam, utara Arab melalui laluan laut atau
darat.Mereka juga berjaya mengadakan hubungan perdagangan antarabangsa seperti dengan
India, Parsi, Mesir dan lain-lain.
12

