Page 10 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 10

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021


               8.  Hal Peperangan
               ●  Masyarakat  Arab  Zaman  jahiliah  bersifat  balas  dendam.  Mereka  sanggup  berperang  kerana  perkara-
                   perkara yang kecil sahaja. Permusuhan yang sering berlaku ialah              peperangan antara suku atau
                   kabilah. Perang dendam sering  berlarutan. Peperangan ini dikenali sebagai Ayyamul Arab. Contohnya
                   Perang Al-Basus berlarutan selama 40 tahun.
               ●  Perangan yang wujud pada zaman Islam merupakan satu langkah mempertahankan agama, masyarakat,
                   dan negara Islam dari ancaman musuh terutama daripada orang Quraish Mekah dan pengkhianatan orang
                   Yahudi.  Ini  ialah  jihad.  Persaudaraan  Islam  telah  berjaya  menamatkan  permusuhan  dalam  kalangan
                   golongan Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj.

               9.  Sikap
               ●  Dalam masyarakat jahiliyah terdapat nilai-nilai positif seperti menghormati tetamu, berpegang teguh pada
                   janji, memberi perlindungan kepada Nabi Muhammad s.aw seperti yaang dilakukan oleh Bani Hashim.
                   Dalam masyarakat Islam, nilai-nilai ini diperkukuhkan selaras dengan nilai-nilai Islam

               KESIMPULAN
                      Jelas bahawa kedatangan Islam telah membawa perubahan sosiopolitik di Tanah Arab. Islam telah
               menukar cara hidup masyarkat Jahiliah daripada menyembah berhala kepada menyembah Allah, daripada
               berakhlak buruk kepada akhlak yang mulia dan berperikemanusiaan. Islam telah mengubah corak kehidupan
               masyarakat Jahiliah kepada sebuah masyarakat yang bertamadun.




               Soalan 3 : Huraikan Ketamadunan Masyarakat Arab Pada Zaman Jahiliah.


               PENDAHULUAN


                      Masyarakat  jahiliah  merujuk  kepada  masyarakat  yang  hidup  sebelum  kedatangan  Islam  dan
               sebahagian besar dari kalangan masyarakat jahiliah tidak tahu membaca dan menulis. Jahiliah pada  dasarnya
               merujuk  kepada  kejahilan  dalam  aspek  kerohanian,  keagamaan,  kemanusiaan  dan  keilmuan.  Manakala
               Jahiliah dalam al-Quran bermaksud sesuatu yang bertentangan dengan  ajaran Islam sama ada agama, sistem
               hidup,  amalan  ritual,  akhlak,  peraturan  ekonomi,  sosial  dan  sebagainya.  Dalam  konteks  masyarakat  di
               Semenanjung Tanah Arab, ianya wujud selepas keruntuhan Kerajaann Saba’ dan berakhir selepas turunnya
               al-Quran  dan  kerasulan  Nabi  Muhammad  SAW  pada  tahun  610  M.  Masyarakat  Arab  jahiliah  bukanlah
               masyarakat yang jahil segala-galanya kerana mereka pernah mencapai banyak kemajuan dalam kehidupan
               mereka, khasnya dari segi politik dan ekonomi.

               ISI-ISI PENTING


               1.  Kemajuan bidang politik dan pentadbiran
                   •   Masyarat  jahiliah  mempunyai  institusi  pentadbiran  iaitu  Majlis  Kabilah  untuk  menguruskan
                      tatacara  dan  perjalanan  hidup.  Majlis  Kabilah  berperanan  memastikan  setiap  kabilah  mempunyai
                      bidang  tugas  pentadbiran  masing-masing.  Pembahagian  tugas  dilaksanakan  bagi  mencapai
                      kecekapan dan kelicinan pentadbiran.
                   •   Buktinya  terdapat  beberapa  majlis  yang  dibentuk  untuk  menguruskan  bidang-bidang  tertentu,
                      antaranya  Majlis  Siqayah  yang  menguruskan  urusan  air  jemaah  haji.  Majlis  Rifadah  yang
                      mengendalikan  urusan  makanan  jemaah  haji,  Majlis  Liwa  untuk  menyedia  dan  memimpin
                      tentera,  Majlis  Nadwah  untuk  urusan  umum  berkaitan  kebajikan  penduduk  Makkah  dan
                                                                                                               11
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15