Page 5 - oblik
P. 5

Bab 9 | Lukisan Oblik


                     Sudut Paksi Surut
                  Paksi surut boleh dibina dengan sebarang sudut. Manakala, paksi ufuk dan paksi tegak akan sentiasa
                  bersudut tepat.
                       Pemilihan sudut kecondongan bagi paksi surut adalah bergantung pada bahagian butiran
                  permukaan yang mahu ditonjolkan. Sekiranya permukaan sisi yang mahu ditonjolkan sudut yang
                  sesuai ialah sudut yang kecil dan sekiranya permukaan atas yang hendak ditonjolkan maka sudut
                  yang besar lebih sesuai seperti Rajah 9.1.3. Lazimnya, sudut kecondongan yang biasa digunakan
                  pada lukisan oblik ialah 30˚, 45˚ dan 60˚.














                                        30°                          45°                           60°


                                              Rajah 9.1.3  Pelbagai sudut paksi surut.


                     Garisan Oblik
                  Garisan oblik ialah garisan yang sentiasa selari dengan paksi oblik contoh garisan oblik adalah
                  seperti dalam Rajah 9.1.4 iaitu garisan AB, BC, DE, EF, DG, FG, HI, IJ, FK, JK AJ, BI dan CH.
                                                     E                      F


                                                D                        G





                                                                             K

                                        C                        H


                                    B                        I


                                    A                        J
                                         Rajah 9.1.4 Garisan oblik dan garisan bukan oblik.


                     Garisan Bukan Oblik

                  Garisan bukan oblik ialah garisan yang tidak selari dengan mana-mana paksi oblik seperti dalam
                  Rajah 9.1.4 iaitu garisan CD dan GH.


                                                                                                          203
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10