Page 8 - oblik
P. 8

Grafik Komunikasi Teknikal | Tingkatan 4

                    Oblik Am

                 Dalam oblik am, ukuran paksi menegak dan paksi mengufuk bersaiz penuh manakala, ukuran pada
                                                                                                1 2 3
                 paksi surut boleh menggunakan sebarang sudut. Lazimnya, ukuran yang digunakan ialah  ,  ,
                                                                                                3 3 4
                 daripada ukuran sebenar. Dalam oblik kabinet dan oblik am, ukuran pada paksi surut dipendekkan
                 bagi mengurangkan herotan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.1.9.





                                      3  D
                                      4










                                                              Rajah 9.1.9 Oblik am.


                 Pemilihan Orientasi Lukisan Oblik
                 Dalam lukisan oblik, pemilihan kedudukan dan arah pandangan adalah penting bagi tujuan
                 mengurangkan kesan herotan pada objek yang dilukis seperti Rajah 9.1.10.











                                            Rajah 9.1.10 Orientasi pandangan oblik.

                 (a)  Objek dengan bulatan dan lengkung
                     Permukaan objek yang bersatah selari dengan satah unjuran, ukuran adalah saiz sebenar.
                     Sekiranya rajah tersebut mempunyai bentuk permukaan bulat dan melengkung maka,
                     lebih sesuai dilukis pada satah yang selari dengan unjuran seperti Rajah 9.1.11 dan
                     Rajah 9.1.12.















                       Rajah 9.1.11 Orientasi tidak sesuai.           Rajah 9.1.12  Orientasi sesuai.

            206
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13