Page 171 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 171

PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH






                                  3 ELEMAN UTAMA DALAM PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH



                       Pembelajaran terarah kendiri


         •    Pembelajaran terarah kendiri merangsang pembelajaran secara mendalam kerana ia memerlukan murid berfikir tentang tindakan mereka dan membuat

              keputusan berbaning hanya menerima maklumat atau arahan dari guru.
         •    Beberapa kemahiran boleh digilap melalui pembelajaran terarah kendiri termasuklah pengumpulan data dan maklumat, mengurus pembelajaran,
              emneroka pengetahuan, menetapkan matlamat, mengurus masa, bekerja sebagai kumpulan dan menjalankan penyelidikan (Brookfield, 1985; Gibbon, 2002).

         •    Pembelajaran terarah kendiri mengajar murid untuk memikul tanggungjawab belajar dan ini akan menjadikan mereka murid yang mampu berdiri sendiri,
              satusifat penting dalam pembelajaran sepanjang hayat.
         •    PBM mempunyai ciri berikut :
                ✓ Masalah yang rumit dijadfikan titik tumpuan dan rangsangan bagi pembelajaran.

                ✓ Pembelajaran adalah berpusatkan murid di mana murid mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menentukan hala tuju pembelajaran mereka
                    sendiri (self directed learning).
                ✓ Guru bertindak sebagai pemudahcara dan jurulatih kognitif iaitu secara berterusan membimbing murid bagi memastikan murid berada di landasan

                    yang akan membawa mereka ke arah pencapaian hasil pembelajaran yang diharapkan.
                ✓ Murid bekerja secara kolaboratif dalam kumpulan kecil untuk mencari beberapa penyelesaian kepada masalah yang diberikan.
                ✓ Penaksiran kendiri dan kumpulan menjadi sebahagian daripada penaksiran yang dijalankan.









   NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176