Page 168 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 168
PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH
PBM adalah pendekatan pengajaran yang berasaskan pendekatan konstruktivisme. Tunjang utama
konstruktivisme mengandaikan murid sebagai individu yang mampu membina pengetahuan dan
kefahaman sendiri berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada.
Untuk mencapai pembelajaran bermakna setiap murid perlu secara aktif mencari makna kepada
konsep-konsep baharu yang diterima dengan menyesuaikannya dengan pengetahuan sedia ada dan
pengalaman yang telah dilalui.
Dalam pendekatan PBM, dua perkara penting ialah pembinaan pengetahuan dan kebolehan
menggunakan pengetahuan baru untuk menyelesaikan masalah.
PBM melihat murid sebagai agen yang bertanggungjawab dalam mengurus maklumat, meneroka
sumber, menjalankan aktiviti pembelajaran dan mengawal pembelajaran sendiri. Peranan guru lebih
cenderung kepada seorang pemudah cara, pendorong, pencetus soalan dan pembina persekitaran
pembelajaran yang merangsangkan dan mencabar. Interaksi dinamik dalam PBM lebih tertumpu kepada
proses pembelajaran yang digunakan murid dan bukan proses yang dicadangkan guru.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

