Page 169 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 169
PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH
3 ELEMAN UTAMA DALAM PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH
Pembelajaran secara aktif dan kolaboratif
• Penglibatan aktif murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Salah satu cara untuk mendorong murid aktif dalam PdP adalah melalui pembelajaran
secara kolaboratif.
• Pembelajaran bercorak gerakerja (hands-on) dan mengajar orang lain dapat meningkatkan kadar pengekalan ingatan.
• Menurut McKeachie (1980) interaksi aktif semasa belajar membantu murid belajar dan mengaplikasi pengetahuan.
• Kolaborasi dan pembelajaran aktif membuka peluang untuk murid mengutarakan pendapat, mendengar pendapat orang lain, membaca, menulis dan
membuat refleksi pembelajaran.
Pembelajaran secara mendalam (deep approach learning)
• PBM membantu murid belajar lebih bermakna dan secara mendalam. Hal ini meningkatkan mutu pembelajaran yang dihasilkan.
• Pembelajaran menjadi lebih berkualiti kerana murid terlibat secara aktif untuk membina pengetahuan dan kefahaman tentang konsep-konsep baharu yang
dipelajari.
• Menurut Ramsden (2002), pembelajaran aktif membolehkan murid mengaitkan pengetahuan baru dan lama, mengurus pengetahuan ke dalam kerangka yang
lebih menyeluruh dan menyedari aspek praktik pengetahuan tersebut. Dengan cara ini, boleh menimbulkan pembelajaran secara mendalam dan
meningkatkan kualiti pembelajaran.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

