Page 196 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 196

HALA TUJU KURIKULUM






          • Kurikulum di Malaysia bertujuan membangunkan modal insan yang cemerlang dari segi sahsiah dan akademik.


          • Kurikulum yang dibina perlu memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh untuk melahirkan insan yang
              seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi.


          • Kurikulum dibina perlu memberi penekanan kpd perkembangan kemahiran belajar dan genetik. Pendekatan ini
              melahirkan masyarakat yang mampu mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan sentiasa berkebolehan

              mengikuti pelajaran. Aspek ini penting kerana proses pendidikan berlangsung secara berterusan ke arah melahirkan
              insan yang dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan yang mencabar seperti keadaan ekonomi dan aplikasi
              teknologi maklumat dan komunikasi.


          • Aspek pembangunan intelek tidak mencukupi, kurikulum perlu menekankan aspek jasmani, rohani dan emosi,

              pengajaran Pendidikan Jasmani, pelaksanaan kokurikulum, penerapan nilai-nilai agama dan moral kepada semua
              peringkat perlu diperkukuhkan.


          • Pembangunan tenaga manusia menjelang abad ke 21 tidak terhad kepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja
              yang terampil tetapi aspek melahirkan usaha yang berwibawa, terancang dan ketahanan diri yang tinggi juga diberi

              perhatian.

          • Kurikulum perlu besifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa

              dan warganegara Malaysia.




   NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201