Page 251 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 251
DOMAIN HASIL PEMBELAJARAN
2 DOMAIN AFEKTIF
• Domain afektif ialah domain yang berkaitan dengan perasaan, emosi, minat, sikap dan penghargaan dan nilai. Dari segi
praktiknya, guru jarang menulis hasil pembelajaran domain ini dalam buku rekod pengajaran berbanding hasil
pembelajaran domain kognitif, yang ditulis dalam bentuk perlakuan murid. Ini berlakunya kerana tiadanya prosedur dan
alat yang benar-benar sesuai untuk mengukur pencapaian hasil pembelajaran domain afektif.
• Aras domain afektif disusun mengikut prinsip penghayatan. Penghayatan merujuk kepada proses dimana sikap dan
emosi itu dihayati atau diinternalisasi dan secara konsisten mengawal dan memandu kelakukan dan tindakan seseorang.
PENERIMAAN Mewakili kesediaan seseorang untuk menerima sesuatu yang disampaikan. Peringkat ini bermula
kesedaran penerima, misalnya penerima sedar akan kehadiran guru, irama lagu atau keadaan dalam
kelas. Selepas ada kesedaran, individu berkenaan akan menunjukkan kesediaan untuk menerima iaitu
berkenaan tidak menjauhkan diri dari rangsangan yang diterima. Seterusnya individu akan mula
bertindak secara terhad iaitu cuba membezakan setiap rangsangan yang diterima. Contoh hasil
pembelajaran peringkat ini ialah murid mengeluarkan buku teks dan bersedia untuk mendengar arahan
guru.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

