Page 256 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 256

DOMAIN HASIL PEMBELAJARAN





            3                                                                   DOMAIN PSIKOMOTOR




           PERGERAKAN TERKAWAL



         Mewakili kebolehan melakukan pergerakan awal berkaitan kemahiran yang ingin dipelajari. Pergerakan ini biasanya

         dilakukan secara peniruan dan cuba jaya. Misalnya, murid meniru bagaimana guru melakukan pergerakan smash dalam
         permainan badminton. Contoh hasil pembelajaran peringkat pergerakan awal ialah – Murid dapat melakukan pergerakan

         awal cara melakukan smash dalam permainan badminton.




            PERGERAKAN MEKANISTIK



         Mewakili kebolehan melakukan sesuatu pergerakan yang ingin dipelajari secara mahir dan yakin. Misalnya, murid berjaya
         melakukan pergerakan smash dalam bola tampar seperti yang diperhatikan iaitu berjaya meniru pergerakan guru. Contoh

         hasil pembelajaran peringkat pergerakan mekanistik ialah – Murid dapat meniru cara melakukan smash dalam permainan

         badminton.










   NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   251   252   253   254   255   256   257   258   259   260   261