Page 110 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 110
KEMAHIRAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN YANG BAIK
2 PENGGUNAAN PELBAGAI KAEDAH DI DALAM PROSES PENGAJARAN
❑ Dalam proses penyampaian pelajaran tidak ada kaedah tertentu yang sesuai untuk digunakan pada setiap masa. Oleh kerana itu,
guru perlu kreatif memilih kaedah pengajaran supaya murid- murid tidak bosan dan objektif pengajaran akan dapat dicapai.
❑ Pemilihan kaedah pengajaran perlulah berdasarkan panduan berikut:
✓ Kaedah yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan murid- murid yang diajar dalam bilik darjah.
✓ Guru hendaklah benar- benar memahami tentang kaedah yang akan digunakan. Pastikan kaedah ini dapat memberi kejayaan
atau kesan positif dalam pembelajaran murid- murid.
✓ Kaedah yang digunakan hendaklah dapat merangsang murid- murid berfikir dan melibatkan diri dalam pembelajaran secara
aktif.
✓ Kaedah yang digunakan hendaklah dapat memandu murid- murid untuk mencapai kejayaan.
❑ Di antara kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran ialah kaedah hafalan, syarahan, dialog, soal jawab,
perdebatan, latih tubi, bercerita dan sebagainya.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

