Page 123 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 123
DEFINISI KAJIAN TINDAKAN
Menurut Kurt Lewin (1947), penyelidikan tindakan adalah melibatkan 3 langkah iaitu (1) perancangan yang
melibatkan pengintaian, (2) mengambil tindakan dan (3) mencari fakta mengenai hasil tindakan tersebut.
Menurut Stephen Corey (1953), penyelidikan tindakan adalah proses di mana pengamal berusaha untuk mengkaji
masalah mereka secara saintifik untuk membimbing, membetulkan dan menilai keputusan dan tindakan mereka.
Menurut Rapoport (1970), penyelidikan tindakan bertujuan untuk menyumbang kepada keprihatinan praktikal
orang dalam situasi yang bermasalah serta tujuan sains sosial dengan kerjasama bersama dalam kerangka etika
yang boleh diterima bersama.
Menurut McJernan (1988) menjelaskan bahawa kajian tindakan sebagai satu bentuk penyelesaian masalah
reflektif diri yang membolehkan para pengamal memahami dan menyelesaikan masalah mendesak dalam
persekitaran sosial.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

