Page 126 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 126

KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN GURU





          ❑ Sebagai asas membuat keputusan pengajaran berasaskan data


          Dalam tugas seharian, sama ada di dalam atau di luar bilik darjah, guru sentiasa membuat keputusan tentang sesuatu tindakan

          yang telah dan sedang dijalankannya. Sama ada keputusan yang dibuat itu berkesan atau tidak banyak bergantung kepada

          keupayaan guru menggunakan sumber dan maklumat yang ada sebagai asas membuat keputusan. Bentuk dan sumber

          maklumat juga akan memberi kesan kepada kualiti keputusan yang dibuat. Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat atau data

          yang boleh dipercayai dari segi ketepatan dan kerelevannya, ianya mestilah diperolehi melalui satu prosedur dan proses yang
          sistematik. Kajian dapat membantu guru dan lain-lain pihak berkepentingan dalam mengenalpasti keperluan, menilai tindakan

          dan perubahan yang dibuat melalui keputusan yang dibuat berasaskan data.



          ❑ Sebagai asas kepada perkembangan profesionalisme guru



          Tidak dapat dinafikan pendekatan kajian tindakan telah banyak digunakan oleh sekolah sebagai asas perkembangan

          profesionalisme guru.Dengan ertikata yang mudah, sebagaimana mengikut Lawrence Stenhouse, tiada perkembangan
          kurikulum tanpa perkembangan guru. Dengan terlibat dalam proses dan aktiviti kajian tindakan, guru dapat mempertingkatkan

          amalan mereka berdasarkan penelitian dan refleksi ke atas amalan dalam situasi yang sebenar. Ini bersesuaian dengan konsep

          dan ciri-ciri professional yang menekankan peningkatan ilmu dan kemahiran dalam bidang tugas dan tanggungjawab.






                                                     NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131