Page 124 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 124

DEFINISI KAJIAN TINDAKAN






                     John Elliott (1991) menyatakan bahawa kajian tindakan lebih menekankan kepada masalah praktikal harian yang

                     dialami oleh guru daripada masalah teoritikal yang didefinisikan oleh penyelidik dalam disiplin tertentu.






                     Dalam erti kata lain, kajian tindakan guru dijalankan adalah untuk mengkaji masalah harian dalam pengajaran dan

                     pembelajaran yang dihadapi oleh guru.




                     Bagi Mc Niff (1998), kajian tindakan merupakan satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan

                     pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri,

                     menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan mereka.




                     Kesimpulannya, kajian tindakan merupakan satu bidang penyelidikan berbentuk renungan kendiri (self-reflective)

                     yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik secara kolaboratif dalam sesuatu situasi sosial yang bertujuan untuk

                     mempertingkatkan pemahaman mereka terhadap amalan-amalan dan seterusnya mengambil tindakan yang perlu

                     untuk mengubah dan mempertingkatkannya.






                                                     NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129