Page 4 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 4
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Penulisan rancangan pelajaran bukanlah bertujuan untuk dimaklumkan atau dibacakan kepada murid. Sebaliknya
penulisan rancangan pelajaran bertujuan untuk guru menstruktur pelajaran dan membantu melancarkan
perjalanan kelas.
Penulisan rancangan pelajaran perlu melalui empat peringkat berfikir :
✓ Tentukan kurikulum iaitu apa yang perlu dipelajari serta huraian sukatan pelajaran.
✓ Fikirkan tentang pengetahuan sedia ada sebagai prasyarat untuk melaksanakan pengajaran tajuk baru.
✓ Renungkan sekurang-kurangnya satu kaedah yang sesuai untuk membantu proses pembelajaran yang
berkesan.
✓ Fikirkan sekurang-kurangnya satu cara untuk membuat penilaian pencapaian hasil pembelajaran.
Lazimnya, kemahiran merancang sesuatu pelajaran diajar melibatkan penulisan objektif khas yang eksplisit atau
hasil pembelajaran yang diselaraskan dengan kurikulum yang telah ditetapkan.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

