Page 8 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 8
PERSOALAN DALAM PENGHASILAN RPH
5. Adakah dalam perancangan pelajaran itu disediakan langkah bantuan yang mencukupi untuk murid yang
mungkin tidak dapat mengikuti langkah yang dirancang dengan sempurna?
Tidak semua orang boleh mendapatkan maklumat yang tepat pada kali pertama belajar. Tidak ada pelajaran yang boleh
dicapai 100% tepat dan betul pada setiap langkah aktiviti. Ini bermakna akan ada beberapa orang murid yang akan
tertinggal. Sekiranya langkah yang dirancang itu diulang, mungkin akan menimbulkan masalah kepada kumpulan murid
yang telah mampu menguasainya. Ini bermakna aktiviti penggayaan serta dengan bahan sokongan perlu disediakan di
samping aktiviti pengukuhan dan pemulihan.
6. Adakah latihan yang disediakan mencukupi untuk mengukuhkan kefahaman serta melibatkan pengintegrasian
kemahiran?
Tidak ada yang dapat mengukuhkan kemahiran dan pemahaman konsep yang dipelajari kecuali melalui latihan. Selain
daripada latihan yang mencukupi, latihan yang disediakan juga perlu berkualiti untuk membolehkan maklum balas
berkualiti diperoleh.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

