Page 5 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 5
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Setelah objektif khas yang eksplisit atau hasil pembelajaran dibentuk, turutan aktiviti pelajaran dirancang untuk
membolehkan guru dan murid berinteraksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha mencapai
objektif khas yang eksplisit atau hasil pembelajaran yang diingini.
Untuk menghasilkan sesuatu rancangan pelajaran sebaiknya guru memikirkan beberapa persoalan berikut :
✓ Apakah rancangan pelajaran yang dibina mengambil kira pelbagai kebolehan murid?
✓ Adakah rancangan pelajaran yang dibina akan menggalakkan murid melibatkan sepenuhnya di dalam aktiviti
pelajaran secara berterusan.
✓ Adakah rancangan pelajaran yang dibina disediakan dengan isi kandungan yang mencukupi untuk dipelajari?
✓ Adakah rancangan pelajaran yang dibina membolehkan guru mengesan kemajuan murid?
✓ Adakah dalam perancangan pelajaran itu disediakan langkah bantuan yang mencukupi untuk murid yang
mungkin tidak dapat mengikuti langkah yang dirancang dengan sempurna.
✓ Adakah latihan yang disediakan mencukupi untuk mengukuhkan kefahaman serta melibatkan pengintegrasian
kemahiran?
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

