Page 6 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 6
PERSOALAN DALAM PENGHASILAN RPH
1. Adakah rancangan pelajaran yang dibina mengambil kira pelbagai kebolehan murid?
Di dalam sesebuah bilik darjah tidak mungkin terjadi kesemua muridnya mempunyai kebolehan yang sama dan serupa.
Sesebuah rancangan pelajaran yang dibina perlu mengambil kira pelbagai kebolehan murid dalam bilik darjah. Selain
daripada kepelbagaian tahap penguasaan pengetahuan sedia ada, terdapat juga kepelbagaian kebolehan minda dapat
menganggap sesuatu perkara baru, halangan fizikal dan emosi serta sebagainya. Sebagai seorang perancang, guru perlu
menyedari tentang kepelbagaian kebolehan murid.
2. Adakah rancangan pelajaran yang dibina akan menggalakkan murid terlibat sepenuhnya di dalam aktiviti
pelajaran secara berterusan?
Langkah-langkah prosedur aktiviti pelajaran tidak seharusnya bersifat penjelasan yang statik (pengajaran terus) tentang
apa yang akan guru dan murid lakukan. Seorang guru yang baik akan membuat perubahan dalam perancangan
berpandukan maklum balas yang diperoleh daripada murid. Tujuannya untuk membolehkan murid memberikan tumpuan
dan terlibat sepenuhnya dalam pembelajaran. Untuk membolehkan hal ini berlaku, murid memerlukan kesediaan guru
untuk membantu serta membimbing mereka.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

