Page 7 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 7

PERSOALAN DALAM PENGHASILAN RPH







         3. Adakah rancangan pelajaran yang dibina disediakan dengan isi kandungan yang mencukupi untuk dipelajari?



         Istilah mencukupi sebenarnya merupakan sesuatu yang sukar untuk diukur. Cara yang terbaik ialah dengan bertanya

         kepada diri sendiri “Apakah isi kandungan paling minima yang perlu dipelajari oleh murid untuk menunjukkan pencapaian

         tahap penguasaan (mastery)?” Tahap pencapaian minima ini seharusnya selaras dengan penulisan objektif khas atau

         hasil pembelajaran yang dirancang.




         4. Adakah rancangan pelajaran yang dibina membolehkan guru mengesan kemajuan murid?



         Penilaian kemajuan murid boleh dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dan ini dinamakan
         penilaian formatif. Sebaiknya rancangan yang dibina menyediakan ruang untuk membolehkan penilaian formatif

         dilaksanakan. Tujuan penilaian formatif ini bukan sekadar untuk mengesan kemajuan murid sahaja tetapi juga untuk

         membolehkan guru melakukan perubahan sekiranya strategi atau langkah-langkah yang dirancang kurang berkesan.
         Sekiranya rancangan dilihat sebagai satu koleksi aktiviti tersusun berturutan maka setiap aktiviti itu ada penghujungnya.

         Pada penghujung setiap aktiviti itu maklum balas tentang kemajuan murid boleh diperoleh melalui penilaian formatif yang

         menjurus kepada pencapaian hasil pembelajaran.





                                                     NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12