Page 98 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 98

KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN





        1          Variasi rangsangan adalah merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian guru dengan tujuan menarik


                   perhatian dan minat pelajar dalam aktiviti pengajarannya. Ini kerana dalam proses pengajaran dan pembelajaran masa
                   tumpuan pelajar adalah singkat. Mereka akan hilang minat jika aktiviti tidak dipelbagaikan.


       2           Kemahiran variasi rangsangan meliputi kemahiran mengubah-ubah tingkah laku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan


                   saluran deria pelajar, menukar corak interaksi antara guru dan pelajar, serta mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar.






           KOMPONEN KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN :


          1   Perubahan tingkah laku.                                                             4    Kepelbagaian interaksi.




          2   Perubahan pertuturan suara                                                          5    Kepelbagaian media dan bahan bantu belajar.




          3   Kepelbagaian saluran deria.                                                         6    Kepelbagaian kaedah dan teknik mengajar.










                                                     NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103