Page 101 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 101
KEMAHIRAN MENGGUNAKAN PAPAN PUTIH
OBJEKTIF PENGGUNAAN PAPAN PUTIH :
► Menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak. Murid-murid mudah memahami daripada guru yang hanya bercakap
dengan tanpa menulis.
► Menarik perhatian pelajar terhadap perkara-perkara yang penting. Guru dapat mengekalkan perhatian pelajar terhadap perkara-
perkara penting dalam pengajaran dan pembelajaran
► Mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian masalah secara bersistematik. Murid-murid mudah faham kerana guru dapat
memberi penjelasan secara lebih teratur secara satu per satu
► Mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru. Murid-murid tidak akan merasa bosan dengan satu aktiviti P&P sahaja.
► Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran murid. Murid-murid akan dapat pengalaman menulis di papan tulis contohnya untuk
menjawab soalan.
► Memberi peluang kepada murid-murid meniru dari papan tulis. Ini akan menggalakkan murid-murid untuk berfikir.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

