Page 56 - E-Buletin FSK Edisi 3 Bil 2/2022
P. 56

DR. SITI ZAHRAH MAHFOOD


                          Dr. Siti Zahrah Binti Mahfood seorang Pensyarah Kanan di Fakutli Sains Kemanusian dalam Jabatan
                          Sejarah yang mula berkhidmat sejak 2003. Beliau merupakan kelulusan Universiti Malaya dalam
                          Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Ijazah Sarjana (Sejarah). Pada tahun 2018 beliau berjaya bergelar
                          sebagai Doktor dengan menamatkan pengajian dalam peringkat Ijazah Doktor Falsafah. Dalam
                          bidang sejarah,kepakaran beliau adalah Sejarah Malaysia(pensejarahan). Terkini, beliau sudah

     memiliki 49 terbitan yang berbentuk artikel dan jurnal. Beliau pernah mendapat anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada
     tahun 2016. Dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pensyarah, beliau juga giat dalam menjalankan beberapa
     penyelidikan antaranya Pendidikan Melalui Media Persuratkhabaran dan Majalah Melayu 1920-1950-an di bawah geran
     Universiti. Boleh hubungi beliau di e-mel zahrah@fsk,edu.my

                          DR. WAN NOORLIZAWATI WAN MAT ALI


                          Dr. Wan Noorlizawati Binti Wan Mat Ali merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah, yang mula
                          berkhidmat sejak 2002. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dan Ijazah
                          Sarjana Sastera (Sejarah) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau kemudiannya melanjutkan
                          pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah di UPSI. Bidang kepakaran beliau adalah Sejarah
                          Malaysia (politik). Beliau terlibat aktif dalam penyelidikan melalui pelbagai geran yang ditawarkan

     oleh berbagai agensi di peringkat nasional dan antarabangsa. Hasil penyelidikan tersebut telah diterbitkan dalam bentuk
     artikel jurnal dan juga bab dalam buku di peringkat nasional dan internasional. Selain itu, beliau juga aktif berkongsi hasil
     kajiannya di dalam pelbagai seminar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau juga membimbing pelajar peringkat
     siswazah yang mengikuti pengajian di peringkat kedoktoran dan juga sarjana. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel
     noorlizawati@fsk.upsi.edu.my


                          DR. SHAKILA CHE DAHALAN


                          Dr. Shakila Che Dahalan merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan
                          2022. Bekas seorang guru dan pernah bertugas di beberapa buah sekolah selama 9 tahun. Beliau
                          berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan pendidikan (Sejarah), Ijazah Sarjana Pendidikan
                          (Kurikulum: Pendidikan Sejarah) di Universiti Sains Malaysia dan Ijazah Doktor Falsafah (Pendidikan
                          Sejarah) di Universiti KebangsaanMalaysia. Beliau bergiat aktif mengikuti seminar-seminar dalam
     dan luar negara. Antara pengalaman profesional utamanya adalah menjadi pembentang di beberapa Seminar dalam dan luar
                                                                               th
     negara seperti Narasumber, Universiti Pendidikan Indonesia (2022) dan Keynote Speaker 7 International Seminar on Social
     Studies and History Education, Universiti Pendidikan Indonesia (2022). Kini, beliau telah menerbitkan 31 artikel, 16 jurnal dan
     5 buah penulisan buku dalam bidang pendidikan Sejarah. Kini, beliau sedang menjalankan penyelidikan dalam pembangunan
     dokumen dan modul pendidikan Sejarah di bawah geran universiti. Beliau berminat untuk menjalinkan kolaborasi dan
     pertukaran idea terutama dalam bidang Pendidikan Sejarah, Sains Sosial atau bidang berkaitan. Beliau boleh dihubungi
     melalui e-mel shakilacd@fsk.upsi.edu.my.




                 EDISI 3
  54         e-BULETIN FSK                                                             FSK

                                                                                        TERUS CEMERLANG
   51   52   53   54   55   56   57   58   59