Page 53 - E-Buletin FSK Edisi 3 Bil 2/2022
P. 53

PROFESOR MADYA DR. ADNAN JUSOH


                          Profesor Madya Dr. Adnan Jusoh berkhidmat sebagai ahli akademik di Jabatan Sejarah, Fakulti Sains
                          Kemanusian, Universiti Pendidikan Sultan Idris semenjak tahun 2010. Beliau merupakan graduan
                          Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Sejarah (Major) dan
                          Persuratan Melayu (Minor) dan menamatkan pengajian pada tahun 2001. Kemudian, beliau
                          melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang

     arkeologi dan bergraduat tahun 2004. Minat yang mendalam dalam bidang arkeologi telah mendorong beliau melanjutkan
     pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang yang sama iaitu bidang
     arkeologi dan telah bergraduat tahun 2010. Beliau merupakan salah seorang pensyarah yang paling banyak membuat
     penerbitan lebih kurang 165 terbitan termasuklah artikel, jurnal, prosiding dan buku. Beliau banyak menjalankan penyelidikan
     dan yang terkini adalah identifikasi tapak prasejarah untuk pembinaan Web Portal e-Lenggong Heritage Site di tapak warisan
     dunia Lenggong “Pasca COVID-19” di bawah Geran Penyelidikan Universiti. Beliau turut mempunyai 7 pelajar Ijazah Doktor
     Falsafah dan 11 pelajar Sarjana, 13 daripadanya sudah tamat pengajian. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel
     adnan.jusoh@fsk.upsi.edu.my

                          PROFESOR MADYA DR. AHMAD ZAINUDIN HUSIN



                          Profesor Madya Dr. Ahmad Zainudin Husin salah seorang kakitangan akademik yang terawal
                          berkhidmat di Jabatan Sejarah. Karier beliau di UPSI bermula pada tahun 2000. Beliau mendapat
                          Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Sastera (Sejarah) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia,
                          manakala Ijazah Doktor Falsafah disempurnakan di Universiti Malaya. Beliau aktif melakukan
                          penyelidikandan menerbitkan artikel dan buku dalam bidang kepakarannya sama ada di peringkat
     nasional dan juga peringkat antarabangsa. Beliau juga terlibat dalam menyumbangkan kepakarannya dalam beberapa geran
     penyelidikan. Beliau kini mempunyai 13 pelajar siswazah yang mana tiga daripada mereka adalah pelajar peringkat ijazah
     doktor falsafah manakala 10 yang lain adalah pelajar peringkat sarjana. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel
     zainuddin.husin@fsk.upsi.edu.my


                          PROFESOR MADYA DR. KHAIRI ARIFFIN


                          Profesor Madya Dr. Khairi bin Ariffin antara pensyarah yang merupakan pensyarah berpengalaman
                          luas di Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau mula
                          berkhidmat pada 2009. Beliau mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda sehingga
                          Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Malaya di dalam bidang sejarah. Beliau aktif menjalankan
                          penyelidikanmelalui geran yang diperolehdaripada pelbagai agensi sepanjang perkhidmatannyadi

     UPSI. Sehingga kini, beliau mempunyai 107 penerbitan yang dalam bentuk prosiding, artikel jurnal dan buku. Beliau
     berpengalaman luas dalam penyeliaan pelajar peringkat siswazah dan kini beliau mempunyai 14 pelajar Ph.D dan 29 pelajar
     sarjana. Beliau menerima Anugerah Perkhidmatan cemerlang beberapa kali sepanjang perkhidmatannya. Boleh hubungi beliau
     menerusi e-mel khairi.ariffin@fsk.upsi.edu.my


                 EDISI 3
  51         e-BULETIN FSK                                                             FSK

                                                                                        TERUS CEMERLANG
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58