Page 54 - E-Buletin FSK Edisi 3 Bil 2/2022
P. 54

PROFESOR MADYA DR. NAZIRAH LEE


                          Profesor Madya Dr. Nazirah binti Lee mula berkhidmat di Jabatan Sejarah pada 2002. Beliau
                          memiliki kelulusan dalam bidang Sarjana Muda Pengajian Islam (Sejarah dan Tamadun Islam) dan
                          Sarjana Sastera (Sejarah) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, manakala, Ijazah Doktor
                          Falsafah (Sejarah) diperolehi daripada Hiroshima City University, Hiroshima Jepun. Antara
                          pengalaman professional utamanya adalah sebagaiSarjana Pelawat, di Jabatan Sejarah,School of

     Oriental and African Studies, London University (2013-2014), Pensyarah Pelawat, di Fakulti Sains Sosial Universiti Negeri
     Semarang (2021) dan Narasumber, Universitas Negeri Yokyakarta (2021). Majoriti daripada penyelidikannya bertumpu kepada
     sejarah sosial terutamanya yang berkaitan dengan agama dan masyarakat. Namun terdapat juga penyelidikannya dalam
     aspek lain sejarah Malaysia khususnya perkembangan sejarah pelancongan. Kebanyakan daripada hasil penyelidikannya
     dibentangkan di seminar dan diterbitkan dalam jurnal tempatan dan antarabangsa sebagai penulis utama atau penulis
     bersama. Selain itu, beliau juga terlibat dalam perundingan/ pakar rujuk bagi agensi berkaitan kepakarannya dan aktif
     menyelia pelajar di peringkat pengajian siswazah. Beliau dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 2004 dan
     2016. Beliau sangat mengalu-alukan sebarang perkongsian, pertukaran idea dan aktiviti akademik seumpamanya untuk
     tujuan berkenaanbeliau boleh dihubungi melalui e-mel nazirah@fsk.upsi.edu.my


                          DR. BAHARUDDIN JABAR


                          Dr. Baharuddin Bin Jabar merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah yang mempunyai
                          kepakaran dalam bidang pendidikan sejarah. Beliau mula berkhidmat di Universiti Pendidikan Sultan
                          Idris pada 2002. Beliau memiliki Diploma Pendidikan dan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti
                          Kebangsaan Malaysia. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam Ijazah
                          Sarjana Pendidikan (Sains Sosial-Sejarah) dan menamatkan pengajian sebagaiDoktor Pendidikan di

     Universiti Sains Malaysia. Beliau juga menerbitkan 37 terbitan yang merangkumi artikel, buku dan jurnal. Terdapat 7
     penyelidikan yang telah beliau jalankan hampir kesemuanya lengkap dan terkini di bawah geran universiti, beliau
     menjalankan penyelidikan berkaitan Pendidikan British di Perak sehingga Perang Dunia Kedua 1941. Beliau boleh dihubungi
     melalui e-mel baharuddin@fsk.upsi.edu.my


                          DR. HARYATI BINTI HASAN


                          Dr. Haryati Binti Hasan merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah dan berkhidmat di UPSI
                          sejak 2008. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah), Ijazah Sarjana Sastera
                          (Sejarah Malaysia) dan Ijazah Doktor Falsafah (Sejarah Malaysia). Beliau sangat giat dalam
                          menjalankan penyelidikan, kini terdapat 11 penyelidikan yang telah dan sedang dilaksanakan.
                          Menghasilkan sebanyak 103 buah penulisan dalam jurnal, bab dalam buku, prosiding,modul dan
     majalah. Beliau mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 2012 dan 2021. Bagi berhubung dengan beliau boleh
     menerusi e-mel haryatie@fsk.upsi.edu.my





                 EDISI 3
  52         e-BULETIN FSK                                                             FSK

                                                                                        TERUS CEMERLANG
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59