Page 57 - E-Buletin FSK Edisi 3 Bil 2/2022
P. 57
DR. NURUL ASYIKIN HASSAN
Dr. Nurul Asyikin Hassan merupakan Pensyarah Kanan yang memulakan khidmatnya di Jabatan
Sejarah, Fakulti Sains Kemanusian pada 2022. Beliau berpengalaman sebagai guru sebelum menjadi
seorang pensyarah kanan di jabatan ini. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera (Sejarah),
Sarjana Sastera (Sejarah Asia Tenggara) dari Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Seterusnya,
beliau menerima anugerah Ijazah Doktor Falsafah (Kurikulum dan Pengajaran) dari Universiti
Malaysia Sabah pada tahun 2021. Beliau boleh dihubungimelalui e-mel nurulasyikin.h@fsk.upis.edu.my.
EN. MOHAMAD KAMAL KAMARUDDIN
En. Mohamad Kamal bin Kamaruddin merupakan pensyarah yang berpengalaman luas di Jabatan
Sejarah dan telah memulakan khidmatnya sejak 2006. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda
Sains Kemanusian (Sejarah dan Tamadun Islam) dan Ijazah Sarjana Sains Kemanusian (Sejarah) di
Universiti Islam Antarabangsa. Kepakaran beliau adalah Sejarah Eropah. Setakat ini beliau telah
menerbitkan sebanyak83 penulisan termasuk buku, jurnal dan artikel. Beliau juga aktif dalam
melaksanakanpenyelidikanberkaitan Sejarah Eropah. Beliau boleh dihubungi menerusi e-mel mohdkamal@fsk.upsi.edu.my.
JABATAN SEJARAH
EDISI 3
55 e-BULETIN FSK FSK
TERUS CEMERLANG

