Page 55 - E-Buletin FSK Edisi 3 Bil 2/2022
P. 55

DR. RABAAH ABDULLAH


                          Dr. Rabaah Abdullah merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah dan memulakan
                          perkhidmatannya pada 2002. Kepakarannya menjurus kepada bidang Asia Tenggara khususnya
                          Sejarah Politik Thailand. Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti
                          Malaya, Ijazah Sarjana Sastera (Sejarah) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Doktor
                          Falsafah dari Universiti Malaya. Dari segi penyelidikan beliau kini mengetuai 2 geran penyelidikan

     yang berstatus aktif iaitu GPUF (2021-2023) dan FRGS (2022-2024), manakala dari segi penerbitan terdapat beberapa artikel
     dan buku yang diterbitkan secara solo dan secara kolaborasi dengan penulis yang lain. Seterusnya di peringkat antarabangsa,
     beliau pernah dilantik sebagai pensyarah pelawat di Universitas Negeri Yokyakarta (UNY) Indonesia pada tahun 2021 secara
     atas talian. Antara lain beliau turut dilantik sebagai nara sumber, juga oleh UNY pada tahun yang sama. Selain itu, Dr. Rabaah
     juga memperlihatkan prestasi yang baik dalam perkhidmatan dan berjaya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)
     sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2014 dan 2019. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel seperti berikut
     rabaah@fsk.upsi.edu.my.

                          DR. SAHUL HAMID MOHAMED MAIDDIN


                          Dr. Sahul Hamid Bin Mohamed Maidin merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah yang mula
                          berkhidmat pada 2007. Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) dari
                          UPSI dan Ijazah Sarjana (Sejarah) dari Universiti Malaya. Kemudian beliau melanjutkan pengajian
                          dalam peringkat Ijazah Doktor Falsafah di University of Sydney pada tahun 2016 dengan bidang
                          kepakarandalam Sejarah Asia Tenggara. Sebanyak4 geran yang telah ditawarkan kepada beliau

     dalam melaksanakan penyelidikan yang terkini adalah Pemindahan Kemahiran dan Pengetahuan Pelajar Abad Ke-21 Melalui
     Kerangka Pdpc-PBL Berkonsep Kartun Mata Pelajaran Sejarah. Beliau juga telah menerbitkan sebanyak 41 penerbitan.
     Kegigihan beliau melaksanakan tugas melayakkan beliau menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2017.
     Bukan itu sahaja, beliau juga pernah mendapat pingat Perak dalam program Online Digital Education Platform. Beliau turut
     aktif sebagai perunding dan pakar rujuk bagi agensi kerajaan dan swasta berkaitan perihal propaganda dan perang saraf
     politik, sejarah dan pemikiran politik Melayu serta analisis politik Malaysia. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel
     sahul.hamid@fsk.edu.my

                          DR. IVANA PRAZIC


                          Dr. Ivana Prazic merupakan pensyarah antarabangsa di Jabatan Sejarah. Beliau mula berkhidmat di
                          Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 2022. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera
                          Sejarah di University of Belgrade (Serbia). Kemudian, pada tahun 2001 beliau memperoleh Sarjana
                          dalam Sejarah di Universiti Bangalore (India) dan Doktor Falsafah dalam bidang Sejarah Asia di
                          University of Sydney, Australia pada tahun 2016. Kepakaran beliau adalah dalam bidang Sejarah
     Sejarah Asia terutama Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Indonesia. Kini beliau menjalankan penyelidikan berkaitan Iskandar
     Zulkarnain in Malay World. Beliau juga seorang pensyarah yang pakar dalam bidang Critical Hisroty of Colonialism dan
     Decolonial Theory Bagi yang ingin menghubungi beliau boleh melalui e-mel iprazic@fsk.upsi.edu.my
                   .

                 EDISI 3
  53         e-BULETIN FSK                                                             FSK

                                                                                        TERUS CEMERLANG
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59