Page 52 - E-Buletin FSK Edisi 3 Bil 2/2022
P. 52

DIREKTORI PAKAR






      Ruangan pengantarabangsaan ini bertujuan untuk mengetengahkan kepakaran ahli
      fakulti bagi meningkatkan keperluan 4P yang menjadi teras kepada ahli akademik.

      Edisi kali ini menonjolkan kepakaran ahli dari Jabatan Sejarah, Fakulti Sains
      Kemanusiaan.


                          KETUA JABATAN SEJARAH
                          DR. YUNUS SAUMAN @ SABIN


                          Dr. Yunus Sauman @ Sabin mula berkhidmat di Jabatan Sejarah pada 2004 dan kini menggalas
                          tugas sebagai Ketua Jabatan Sejarah buat kali kedua. Beliau merupakan graduan kelulusan
                          Universiti Malaya dalam pengajian di Peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana Sastera
                          (Sejarah).Beliau memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (Arkeologi) daripada Universiti Kebangsaan

     Malaysia. Bidang kepakaran beliau adalah Arkeologi (Prehistory and Protohistory). Sehubungan itu, beliau terlibat aktif dalam
     pelbagai projek ekskavasi di seluruh Malaysia dan juga menyumbangkan khidmatnya sebagai pakar rujuk dalam bidang
     berkenaan. Pengalaman professional beliau adalah sebagai pensyarah pelawat di beberapa universiti. Dr. Yunus Sauman turut
     aktif menjalankan penyelidikan melalui geran yang diterima daripada pelbagai agensi dan telah menerbitkan 75 artikel jurnal
     dan buku. Beliau turut menyelia pelajar di peringkat siswazah dan kini mempunyai 3 pelajar Ph.D dan 13 pelajar Sarjana.
     Beliau boleh dihubungi melalui e-mel yunus.sauman@fsk.upsi.edu.my


                          PROFESOR DR. ISHAK SAAT


                          Profesor Dr. Ishak bin Saat mula berkhidmat di Jabatan Sejarah pada 2010. Bidang kepakaran
                          beliau adalah Sejarah Politik Malaysia. Pada tahun 1987, beliau memulakan pengajian di bidang
                          diploma iaitu Perguruan Asas kemudian melanjutkan pengajian lagi dalam Ijazah Sarjana Muda
                          Sastera (Sejarah dan Sains Politik), Sarjana Sastera (Sejarah) dan pada tahun 2007 beliau dapat
                          menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (Sejarah). Semasa dalam tempoh perkhidmatan
     beliau pernah menerima dua kali Anugerah Perkhidmatan Cemerlang iaitu pada tahun 2013 dan 2022. Sehingga kini, beliau
     masih aktif menulis dan pencapaian beliau telah menerbitkan artikel, jurnal dan buku lebih kurang 200 penerbitan. Beliau
     juga telah menyelesaikan 5 geran penyelidikan dan kini sedang berkolaborasi dengan penyelidik lain melaksanakan geran
     pendidikan di bawah geran Universiti. Beliau juga menjadi penyelia 10 orang pelajar Ijazah Doktor Falsafah dan 18 pelajar
     Sarjana. Beliau sering menjadi rujuk oleh beberapa pihak dan pernah dilantik sebagai Jawatankuasa Pakar Rujuk Kurikulum
     dan buku Teks Sejarah KPM pada tahun 2017 hingga 2022. Terkini, beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pakar Rujuk
     Kurikulum dan Buku Teks Sejarah bagi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula tahun 2023 hingga 2027. Beliau boleh
     dihubungi melalui e-mel ishakhj@fsk.upsi.edu.my.








                 EDISI 3
  50         e-BULETIN FSK                                                             FSK

                                                                                        TERUS CEMERLANG
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57