Page 31 - pengurusan hem
P. 31
PANDUAN PENGURUSAN
SK. PIANGGU 2020
Borang permohonan SPBT:
➢ Mengedarkan borang kepada setiap pelajar.
➢ Borang yang lengkap dikumpul oleh guru tingkatan dan diberi kepada guru
SPBT.
➢ Menyemak dan memastikan setiap borang itu disi dengan betul.
➢ Membuat penyiasatan jika terdapat keraguan mengenai kesahihan butir-butir
dalam borang tersebut.
➢ Membuat satu senarai pelajar dan mengasingkan borang SPBT bagi pelajar-
pelajar yang layak dan menerima buku teks SPBT.
➢ Mengambil tindakan ke atas kes-kes rayuan, jika ada.
Mesyuarat Jawatankuasa SPBT:
➢ Mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengetua/Penolong Kanan
HEM bagi menentukan pelajar-pelajar yang layak mendapat bantuan bagi
tahun semasa.
Keputusan permohonan pelajar:
➢ Mengedarkan senarai nama pelajar yang layak dan gagal kepada guru
tingkatan.
Membuat pesanan buku:
➢ Membuat pesanan pada pertengahan tahun ke Biro Buku Teks.
➢ Mencadangkan pertukaran buku pada awal tahun (jika perlu).
➢ Membuat anggaran yang tepat untuk tahun berikutnya.
➢ Mengisi borang maklumat berkomputer dan menghantar mengikut jadual
Pengedaran:
➢ Mengedarkan mengikut tingkatan.
➢ Menentukan tarikh pengedaran.
➢ Mengesan kelancaran pengedaran.
➢ Mendapatkan borang dari pelajar yang baru masuk/bertukar sekolah.
➢ Mengedarkan buku kepada pelajar-pelajar yang baru masuk.
➢ Memastikan borang SPBT telah dihantar ke sekolah pelajar yang bertukar.
➢ Memastikan guru tingkatan telah mengagihkan buku pinjaman kepada
semua pelajar yang layak.
➢ Memastikan semua guru tingkatan telah melengkapkan borang pinjaman
SPBT/borang G mengikut jadual.

