Page 29 - pengurusan hem
P. 29
PANDUAN PENGURUSAN
SK. PIANGGU 2020
Menyampaikan Laporan Bulanan kepada Pengetua/Penolong Kanan HEM tentang
prestasi kantin.
Mengadakan mesyuarat jawatankuasa kantin 3 kali setahun dan perbincangan dari
semasa ke semasa.
Memastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra.
Kantin
Bertanggungjawab menubuhkan jawatankuasa kantin yang terdiri dari guru-guru dan
pelajar-pelajar.
Memastikan kebersihan dan ketenteraman di kantin sentiasa terkawal.
Menjadi perunding di antara pihak sekolah dengan pemajak.
Melaporkan kepada Guru Besar sebarang kerosakan di kantin.
Memastikan kebersihan serta mutu makanan terjamin.
Memahami sepenuhnya kandungan peraturan yang dikenakan kepada pemajak supaya
jika ada apa-apa yang menyalahi undangundang/peraturan dapat diketahui dengan
segera.
Menjadi ahli jawatankuasa tender kantin.
Menentukan peraturan kesihatan dipatuhi oleh pihak pemajak.
Memastikan pelajar-pelajar tidak membeli makanan di luar kawasan sekolah semasa
persekolahan.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
G. JAWATANKUASA RANCANGAN MAKANAN
TAMBAHAN(RMT )
Tugas :
Mengenal pasti murid yang layak menerima bantuan RMT
Menguruskan murid yang mendapat RMT dengan memenuhi boring-borang mengikut
arahan PPD.

