Page 16 - PBD Plus BM T1 (EG)
P. 16

UNIT

                                                                                     Tema 2: Beringat supaya Selamat

            4                   Keselamatan di Mana-mana





                                                                                           Buku teks ms. 19 – 23



                Kemahiran Mendengar dan Bertutur

         SP 1.3.1 Mendengar dan memahami maklumat, fakta, dan idea dalam pelbagai wacana dengan memberikan respons secara lisan dengan betul, tepat, dan bermakna.
         Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan secara lisan.

                               Pemantauan Kendiri Kes Positif COVID-19 di Rumah
                                                                                                         Track 2
           1.  Nyatakan tiga perkara yang perlu dilakukan semasa menjalani pemantauan kendiri kes COVID-19 di rumah.
              Tiga perkara yang perlu dilakukan semasa menjalani pemantauan kendiri kes COVID-19 di rumah ialah

              sentiasa berada di rumah, elakkan daripada berinteraksi secara bersemuka, dan amalkan adab batuk dan

              bersin yang betul.

           2.  Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terpaksa berkongsi bilik air dengan ahli keluarga yang lain?
              Kita perlu membersihkan permukaan yang disentuh seperti tombol pintu, kepala pili air, dan peralatan yang

              lain setiap kali selepas digunakan.




           3.  Bagaimanakah status kesihatan seseorang itu dilaporkan?
              Status kesihatan seseorang dilaporkan kepada anggota kesihatan melalui panggilan telefon atau melalui

              aplikasi MySejahtera pada setiap hari.




           4.  Nyatakan tindakan sekiranya gejala COVID-19 bertambah teruk.
              Jika gejala COVID-19 bertambah teruk, hubungi 999 atau terus ke hospital yang berdekatan dengan

              menggunakan kenderaan sendiri.






           5.  Senaraikan adab batuk dan bersin yang betul.

              Adab batuk dan bersin yang betul adalah dengan menutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila
              batuk atau bersin. Buang tisu dan pelitup muka yang telah digunakan ke dalam bungkusan lalu diikat

              sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Kemudian, cuci tangan dengan serta-merta.





                                                                                                        IDEA
                                                                                           Praktis Ekstra
                                                                                           Tema 2        CETUS



          TAHAP PENGUASAAN  1  2  3   4   5   6             7                                 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






  Unit 01 to 05.indd   7                                                                                   14/11/2022   4:44 PM
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21