Page 18 - PBD Plus BM T1 (EG)
P. 18

UNIT

                                                                                        Tema 3: Cahaya Perpaduan

            5                                   Serasi Bersama





                                                                                           Buku teks ms. 26 – 30


                Kemahiran Mendengar dan Bertutur


         SP 1.3.2 Mendengar dan memahami maklumat, fakta, dan idea dalam pengumuman dan ucapan dengan memberikan respons yang betul, tepat, dan bermakna.
         Dengar ucapan yang dibacakan oleh rakan anda di hadapan kelas. Kemudian, jelaskan maklumat yang
         diperoleh daripada petikan ucapan tersebut secara lisan.


           Yang dihormati  Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha  Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
           Raja Tun Uda, barisan guru penolong kanan, guru-guru, dan murid-murid sekalian. Bersyukur ke hadrat
           Tuhan kerana dengan rahmat-Nya kita dapat berhimpun pada hari ini bersempena dengan Program Kem
           Perpaduan dan Pertandingan Tarian Integrasi.

           Hadirin sekalian,
                Perpaduan telah menjadi agenda yang penting untuk merapatkan jurang antara kaum demi memupuk
           perpaduan nasional. Sebagai sebuah negara majmuk yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan etnik,
           Malaysia perlu sentiasa memperkukuh perpaduan nasional supaya masyarakat berbilang kaum dapat terus
           mengecap keamanan dan mencapai cita-cita negara.

                Satu daripada usaha memupuk perpaduan adalah melalui pelbagai program pada peringkat sekolah,
           daerah, negeri, mahupun kebangsaan. Kem Perpaduan dan Pertandingan  Tarian ini diadakan bagi
           memberikan peluang kepada murid-murid daripada pelbagai kaum untuk berinteraksi melalui aktiviti yang
           dijalankan.

                Program ini juga mampu menyemai sikap kasih sayang dan menyemarakkan semangat perpaduan
           antara murid pelbagai kaum. Program ini juga dapat memberikan peluang kepada mereka untuk
           mempelajari cara hidup dan budaya kaum lain supaya mereka dapat menerima, menghormati, dan
           menghayati kepelbagaian kaum yang terdapat di negara ini.

                Saya berharap agar semua murid yang mengikuti program ini akan memanfaatkan dan menjalinkan
           semangat muhibah dalam kalangan mereka. Selain itu, mereka dapat memupuk semangat hormat-
           menghormati serta saling memahami adat dan budaya rakyat berbilang kaum. Sekian, terima kasih.



                Teks ucapan menerangkan penganjuran Program Kem Perpaduan dan Pertandingan  Tarian Integrasi.
         Perpaduan merupakan agenda yang penting di Malaysia kerana memiliki rakyat yang berbilang kaum. Usaha
         memupuk semangat perpaduan kaum perlu dilakukan sejak murid-murid di bangku sekolah lagi. Oleh itu, program

         ini diadakan bagi memberikan peluang kepada murid-murid daripada pelbagai kaum untuk berinteraksi melalui
         aktiviti yang dijalankan. Program ini juga bertujuan untuk menyemai sikap kasih sayang dan menyemarakkan

         semangat perpaduan antara murid pelbagai kaum. Seterusnya, program ini juga dapat memberikan peluang
         kepada murid-murid untuk mempelajari cara hidup dan budaya kaum lain supaya mereka dapat menerima,
         menghormati, dan menghayati budaya masyarakat pelbagai kaum.










          TAHAP PENGUASAAN  1  2  3   4   5   6             9                                 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






  Unit 01 to 05.indd   9                                                                                   14/11/2022   4:44 PM
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23