Page 19 - PBD Plus BM T1 (EG)
P. 19
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Unit 5
Kemahiran Membaca
SP 2.2.3 Membaca untuk memahami idea keseluruhan dalam pelbagai bahan prosa dengan betul dan tepat secara luncuran dan imbasan.
Baca petikan-petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, kenal pasti idea keseluruhan yang terdapat
dalam petikan-petikan tersebut.
Nota Visual
Prinsip Rukun Negara
Petikan 1
Menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara bukanlah suatu perkara yang sukar. Kita
perlulah mempunyai kesedaran untuk sentiasa mengeratkan perpaduan dan memelihara keharmonian
masyarakat menerusi amalan prinsip-prinsip dan nilai-nilai murni yang terkandung dalam Rukun Negara.
Prinsip-prinsip Rukun Negara hendaklah sentiasa diamalkan oleh masyarakat kita dan diwarisi daripada
satu generasi kepada generasi yang seterusnya. Dengan itu, pendidikan Rukun Negara wajar dijadikan
agenda teras kerajaan. Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia
hendaklah menerajui pelaksanaan agenda ini menerusi pelbagai program, inisiatif, dan aktiviti bawah
kementerian dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan, pihak swasta, dan masyarakat. Dengan
usaha yang bersungguh-sungguh yang digembleng oleh semua pihak, kita akan berjaya menyemarakkan
penghayatan prinsip dan nilai Rukun Negara demi mengeratkan perpaduan rakyat di negara kita.
Petikan 2
Aktiviti Modul Rukun Negara diperkenalkan dalam program pengajaran dan pembelajaran di tabika dan
taska dalam usaha menyemai benih-benih perpaduan pada peringkat awal persekolahan. Hal ini dilakukan
supaya perpaduan sentiasa dijiwai dan dijadikan sebagai budaya dalam kehidupan seharian.
Nilai-nilai perpaduan dan amalan hidup bermasyarakat disemai melalui program pengajaran
dan pembelajaran kanak-kanak seawal usia empat hingga enam tahun. Program seumpama ini wajar
diseragamkan dan diterapkan di semua prasekolah, tabika, dan taska bawah seliaan agensi kerajaan dan
swasta.
Program Take 5 yang dilaksanakan di 1781 buah Tabika Perpaduan (TP) dan 41 buah Taska Genius
Perpaduan (TGP) bawah Kementerian Perpaduan Negara di seluruh negara mengandungi segmen
kebersihan diri dan segmen pendidikan serta penghayatan Rukun Negara setiap hari. Program ini
memberikan pendedahan dan penerapan nilai-nilai murni yang positif dengan kaedah yang kreatif dan
interaktif untuk dijadikan sebagai pembudayaan dalam kehidupan seharian.
Idea keseluruhan daripada kedua-dua petikan ialah usaha-usaha menyemarakkan
penghayatan prinsip dan nilai Rukun Negara demi mengeratkan perpaduan rakyat di
negara kita.
Praktis Ekstra
Tema 3
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 10 TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6
Unit 01 to 05.indd 10 14/11/2022 4:44 PM

