Page 57 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 57

Bahasa Malaysia
        Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
    Item: Penyuntingan
    Menyenaraikan kesalahan bahasa dan membetulkannya
    Petikan di bawah  ini mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
    kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas kesalahan yang terdapat
    dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

            Perasaan dan pemikiran positif berupaya untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit. Doktor
      Wendy Schlessel Harpham menulis mengenai kisah seseorang pesakit kanser limfoma yang telah
      memutuskan untuk menikmati kehidupan yang gembira walaupun dia sedang sakit. Oleh itu, dia
      hidup di dalam lingkungan semua rakan-rakan yang mampu untuk menaikkan semangatnya. Dia turut
      menulis sesuatu yang mengambarkan kesyukuran dan kegembiraannya. Dia juga gemar melakukan
      kebaikan dan membantu orang lain. Pada masa lapang, pesakit itu akan menuntun filem komedi
      yang mampu untuk membuatkannya ketawa. Rutin hidup yang dijalaninya itu didapati telah
      menyusutkan tahap kansernya daripada tahun ke setahun kepada tahap yang lebih baik.
            Menurut  Doktor  Moskowitz,  perhatian  yang  dilakukan  terhadap  penyakit  AIDS,  diabetes,
 Bab     2
      dan penyakit keronik yang lain akan dapat hidup lebih lama jika sentiasa mempamerkan emosi
      yang positive. Kajian terhadap sikap optimis membuktikan sikap itu mampu untuk memberikan
      kesembuhan. Kajian ini membuktikan kuasa pemikiran yang positif terhadap penyembuhan ialah
      benar. Pesakit yang optimis akan sembuh dan terbukti sembuh lebih cepat berbanding dengan
      pesakit yang bersikap persimis.

    Item: Bahasa Melayu Standard
    Menulis petikan klasik kepada bahasa Melayu standard
    Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
    dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.


               Maka  Dara  Zulaikha  Tingkap  pun  menyuruh  keluarkan  kuda  itu dan  diberikan  dengan
      kekangnya dan pelananya. Maka Perman Isap dua dengan Orang Tikar itu, maka kedua mereka itu
      pun bersegera keluar membawa kuda itu kepada Tun Beraim Bapa, maka sultan pun berangkatlah
      keluar ke medan akan melihat Tun Beraim Bapa bermain-main itu. Maka dilihat oleh Tun Beraim
      Bapa sultan keluar itu, maka Tun Beraim Bapa pun berdiri dengan khidmatnya di hadapan sultan
      itu lalu ia sujud.


      Dipetik daripada Siri Karya Klasik untuk Remaja: Hikayat Raja-raja Pasai, diselenggarakan oleh Ismail Ahmad,
      Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004


    Item: Peribahasa
    Menyatakan peribahasa yang bersesuaian dengan situasi petikan
    Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi
    dalam petikan tersebut.

            Institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) wujud dengan banyaknya di negara kita selepas
      dasar tersebut diperkenalkan  oleh  kerajaan.  Selain menawarkan pengajian kepada anak tempatan,
      institusi ini juga membuka peluang pendidikan kepada pelajar asing. Pelajar-pelajar asing yang
      belajar di negara ini bukan sahaja memperoleh pendidikan, tetapi dapat juga mengenal adat
      dan budaya masyarakat Malaysia. Sementara itu, pemilik IPTS yang  dapat meningkatkan mutu
      pendidikan  institusi  masing-masing  akan  menerima  keuntungan  daripada khidmat  pendidikan
      yang disediakan. Walau bagaimanapun, dalam keghairahan mengaut keuntungan, ada institusi
      pendidikan swasta yang terpaksa ditutup akibat kerugian.


       130
   52   53   54   55   56   57   58   59   60