Page 55 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 55

Bahasa Malaysia
        Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

          Sofea  :  Teguran  pihak kerajaan  terhadap  media  massa  nampaknya  bagaikan  mencurah
                   air ke daun keladi. Langsung tidak memberikan kesan kepada mereka. Saya rasa
                   masyarakat boleh memainkan peranan mereka dengan memboikot media massa
                   tersebut.
          Amir  :  Ya betul. Tidak semua media massa bersikap begitu tetapi kerana nila setitik, rosak
                   susu sebelanga.

      2.   Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi
         dalam petikan tersebut

               Semua negara di dunia mempunyai peruntukan undang-undang tersendiri. Jika terdapat
          perbezaan, mungkin cara penguatkuasaannya yang berlainan. Walau bagaimanapun, sebagai
          rakyat, kita wajib mematuhi undang-undang yang dibuat tanpa mengira tempat kita berada.
          Kehadiran pendatang asing ke negara ini kebanyakannya adalah untuk mencari rezeki.
 Bab     2
          Ketika berada di negara ini, mereka mestilah mematuhi undang-undang negara ini dan
          menyesuaikan diri mereka dengan sistem sosial dan budaya yang diamalkan di sini. Kejadian
          rusuhan yang dilakukan oleh pendatang asing suatu ketika dahulu merupakan suatu peristiwa
          yang mencabar kedaulatan undang-undang tempatan. Mereka tidak sepatutnya melakukan
          keganasan di tempat mereka mencari rezeki. Tindakan seumpama itu amat memalukan dan
          mereka seolah-olah tidak menghargai dan berterima kasih kepada Malaysia yang telah banyak
          membantu mereka yang bekerja di sini.




                                                             15



      1.  Dialog di bawah ini mengandungi beberapa peribahasa, Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian
         berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.


          Encik Adli   :  Ibu bapa sekarang betul-betul membiarkan anak mereka tanpa ada kawalan
                        sikit pun. Itulah sebabnya generasi muda sekarang ini banyak yang terjebak
                        dalam  gejala  sosial.  Apabila  anak  sudah  membuka  pekung  di  dada,  barulah
                        ibu bapa sedar akan kesilapan mereka.
          Encik Lim   :  Betul tu, Encik Adli. Kalau kita mencuba hendak menegur anak mereka,
                        mereka menyuruh kita supaya jangan campur tangan. Kita ini sebagai satu
                        masyarakat, kita hendaklah bekerjasama, bak kata pepatah kita ke gunung
                        sama didaki, ke lurah sama dituruni.
          Encik Mutu  :  Kalau kita hendak menegur seseorang, kita perlulah memahami sikap
                        seseorang itu. Sekiranya dia seorang yang  susah hendak menerima teguran,
                        kita janganlah tegur. Peribahasa kita ada mengatakan, lembu dogol jangan
                        dibalun.
          Encik Adli  :  Ya betul tu. Kita tidak mahu masalah yang lebih besar pula akan timbul nanti.
                        Lebih  baik  kita  bersikap  sederhana  dalam  kehidupan  kita  demi  membina
                        masyarakat yang sejahtera.





       128
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60