Page 56 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 56

Bahasa Malaysia
                                                    Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
        2.  Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi
           dalam petikan gersebut.

                   Ali berasal daripada keluarga yang miskin. Setiap hari, mereka amat sukar untuk
             mencari sesuap nasi. Namun begitu, Ali bertekad untuk merealisasikan cita-citanya.
             Walaupun menghadapi pelbagai rintangan, namun dia berpegang pada prinsipnya, iaitu jika
             dia berusaha dengan bersungguh-sungguh, dia pasti akan berjaya. Dia mengambil keputusan
             untuk berniaga secara kecil-kecilan bagi mengumpulkan modal. Akhirnya, Ali berjaya
             membina empayar perniagaan yang diimpikannya. Setelah dilimpahi kemewahan, Ali mula
             lupa diri. Dia melupakan keluarganya yang telah banyak memberikan sokongan kepadanya.
             Apabila berlaku kemelesetan ekonomi, perniagaan Ali telah jatuh bankrap. Walaupun Ali
             menyesali perbuatannya kerana mengabaikan keluarga, namun semuanya sudah terlambat.


              Latihan                                                  SPM                          Bab     2



      Item: Morfologi
      Membina Ayat
      Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata nama dan dua kata kerja. Kemudian,
      anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
      menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
      menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.


               Banjir  merupakan  bencana alam  yang  berlaku  apabila  air  menenggelami  kawasan  yang
        luas. Banjir bukan sahaja merosakkan harta benda tetapi juga turut melibatkan kehilangan nyawa.
        Banjir juga mampu melumpuhkan ekonomi sesebuah negara. Sehubungan dengan itu, setiap rakyat
        Malaysia terutamanya yang tinggal di kawasan berisiko, mereka haruslah sentiasa bersiap siaga untuk
        menghadapi  ancaman  tersebut.  Hal  ini  demikian  kerana,  tindakan  awal dapat  meminimumkan
        kerosakan dan mengurangkan risiko kemalangan.
         Dipetik dan diubah suai daripada ‘Persediaan Menghadapi Banjir’, http://www.fomca.org.my, 28 Januari 2019



      Item: Sintasksis
      Menukar Ayat
      Baca petikan di bawah ini dengan teliti. tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat
      bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

               Pihak pentadbiran sekolah  perlu bekerjasama dengan  polis untuk  mengatasi kegiatan
        gengsterisme dalam kalangan murid. Semua pihak perlulah menangani isu gengsterisme di sekolah
        kerana isu ini mengganggu ketenteraman awam. Pihak polis sudah mengenal pasti ketua gengster di
        seluruh negara dan akan mengambil tindakan terhadap mereka. Namun begitu, kita berasa bimbang
        terhadap usaha kumpulan kongsi gelap ini menyelinap masuk ke sekolah untuk merekrut murid
        menyertai kumpulan mereka.  Oleh itu, pihak pengurusan sekolah perlu memberikan perhatian
        penuh terhadap kegiatan ini dan tidak seharusnya menyembunyikannya.






                                                                                           129
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60