Page 52 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 52

Bahasa Malaysia
                                                    Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
            Contoh:

                     Kata kunci / Tema petikan                    Cadangan peribahasa

             semangat kerjasama dalam masyarakat …      berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

             berpakat atau bersetuju untuk membuat      bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana
             keputusan …                                muafakat

             saling membantu …                          ibarat aur dengan tebing
        6.  Sekiranya soalan menghendaki calon menulis ayat menggunakan peribahasa, pastikan calon tahu akan
           maksud peribahasa itu supaya ayat calon tepat.
        7.  Bacalah buku atau layarilah laman web yang berkaitan dengan peribahasa supaya calon banyak
           memperoleh maklumat dan pengetahuan.                                                     Bab     2


            Tip Pemeriksa untuk Skor               A

      Contoh Soalan dan Jawapan
        1.  Dialog di bawah ini mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian
           berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.

          Hasan  : Apakah yang akan jadi dengan kampung kita ini? Seekor kerbau membawa lumpur
                  habis semua terpalit. Malu kita dibuatnya!
          Syafiq  :  Mengapakah  pula  awak  bercakap  begitu,  Hasan?  Awak  janganlah  cepat  membuka
                  pekung di dada kerana akhirnya kita sendiri yang mendapat malu.
          Hasan  : Saya bercakap tentang perkara yang betul. Ada penduduk dalam kampung kita
                  ini yang menjadi gunting dalam lipatan. Dia tidak suka melihat kita hidup dalam
                  keadaan harmoni.
          Syafiq  : Saya sudah dapat menjangkakan orang itu. Memang sahlah budak tu. Betul-betul dia
                  mewarisi sikap buruk bapanya, bapa borek anak rintik.
          Contoh         Jawapan Murid



         Peribahasa
         1.  Seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit. 
         2.  mendapat malu 

         Peribahasa lain yang sama maksud
         1.  Seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit – bagaikan kucing dengan anjing 
         2.  mendapat malu – sudah jatuh ditimpa tangga 

        Komen pemeriksa tentang kelemahan jawapan murid
          Murid dapat mengemukakan peribahasa yang betul daripada petikan.
          Murid tidak dapat mengemukakan peribahasa yang betul daripada petikan.
          Murid tidak dapat mengemukakan peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa dalam
            petikan.
          Murid tidak dapat mengemukakan peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa dalam
            petikan.
                                                                                           125
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57