Page 53 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 53
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Contoh Jawapan Pemeriksa
Peribahasa
1. membuka pekung di dada air dicencang takkan putus
2. bapa borek anak rintik
Peribahasa lain yang sama maksud
1. membuka pekung di dada– menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.
2. bapa borek anak rintik – ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
2. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan
tiga situasi yang berbeza terdapat dalam petikan ini.
Pak Samad tidak pernah menduga kehidupannya kini lebih mewah berbanding 20
tahun dahulu. Pada masa itu, dia terpaksa menoreh getah pada sebelah pagi dan berkebun
Bab 2
sayur pada sebelah petang untuk menampung sara hidup. Dia sanggup menahan lapar dan
membeli barang yang menjadi keperluan keluarga sahaja, di samping menabung wang sedikit
demi sedikit. Kini, anak-anaknya sudah berjaya. Ada yang menjadi jurutera, guru, peguam,
dan usahawan. Namun begitu, dia agak susah hendak membantu anak-anak yatim walaupun
dia pernah mengalami penderitaan ketika kanak-kanak. Baginya, kanak-kanak harus dilatih
berdikari.
Contoh Jawapan Murid
Peribahasa yang berkaitan dengan petikan tersebut ialah kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang; kalau tak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya, dan seperti kacang
lupakan kulit.
Komen pemeriksa tentang kelemahan jawapan murid
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang sesuai dengan situasi Pak Samad yang hasil
daripada pekerjaannya dapat dinikmati pada hari tersebut sahaja dan tidak dapat digunakan
pada hari berikutnya.
Kalau tak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya adalah tidak sesuai dengan peribahasa
ini.
Seperti kacang lupakan kulit sesuai dengan situasi Pak Samad yang tidak mengenang asalnya
yang susah suatu masa dahulu.
Contoh Jawapan Pemeriksa
Peribahasa yang berkaitan dengan petikan tersebut ialah kasi pagi makan pagi, kais petang makan
petang; ikat perut, dan berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.
126

