Page 54 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 54

Bahasa Malaysia
                                                    Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
                                                               13


        1.  Dialog di bawah ini mengandungi beberapa peribahasa, Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian
           berikan peribahasa lain yang sama maskud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.
             Wan      : Sebagai jiran tetangga, kita mestilah jujur. Kita tidak boleh mengamalkan sikap
                       telunjuk lurus tetapi kelingking berkait kerana sikap ini boleh menyebabkan
                       hubungan sesama jiran renggang.
             Rajan    :  Betul tu, Wan. Sikap ini umpama api dalam sekam yang akhirnya memusnahkan
                       kehidupan bermasyarakat. Sebelum nasi menjadi bubur, kita haruslah menangani
                       masalah ini dengan baik.
             Mei Ling :  Masalah ini perlu kita tangani dengan baik bagaikan menarik rambut di dalam
                       tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak. Kita tidak mahu kerana   Bab     2
                       nila setitik, rosak pula susu sebelanga.
             Wan      :  Kita juga hendaklah memperkukuh perpaduan sesama kita bak kata pepatah kita,
                       serumpun bak serai sesusun bak sirih. Apabila perpaduan kita utuh, kita akan
                       saling membantu bagai aur dengan tebing.
             Rajan    :  Kita bersyukur sebab penduduk di taman perumahan kita ini saling bekerjasama
                       dan hidup bersatu padu.
             Mei Ling :  Betul tu, Rajan. Tetapi kita janganlah berpuas hati dengan keadaan ini. Kita
                       seharusnya terus berusaha untuk memperkukuh perpaduan dalam kalangan kita.

        2.  Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi
           dalam petikan tersebut.
                   Insiden salah laku di sekolah sememangnya tidak dapat dielakkan sama sekali. Oleh itu,
             guru  hendaklah  menyiasat insiden-insiden  ini supaya mereka tidak  menjatuhkan hukuman
             kepada pihak yang tidak bersalah. Walau sebijak mana pun murid melakukan kesalahan
             tersebut, namun mereka pasti akan dikesan pada suatu masa nanti. Murid yang menimbulkan
             masalah ini sepatutnya memikirkan baik dan buruk perbuatan mereka agar tidak menyesal
             pada hari kemudian.



                                                               14


        1.  Dialog di bawah ini mengandungi beberapa peribahasa, Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian
           berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.

             Amir  :  Banyak pengguna bahasa Melayu suka menggunakan bahasa rojak semasa
                     berkomunikasi. Kesannya, nasib bahasa kita seperti embun di hujung rumput.
             Sofea  :  Media massa sepatutnya menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Hal ini
                     demikian kerana,  media massa menjadi teladan penggunaan bahasa yang betul.
             Amir  :  Jika pengamal media massa terus bersikap begini, mereka ini umpama musuh dalam
                     selimut. Kita tidak boleh membiarkan sikap begini merosakkan masa depan bahasa
                     kita. Bukankah Bahasa itu Jiwa Bangsa?






                                                                                           127
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59