Page 14 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 14

Bahasa Malaysia
                                                    Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
          Membina Ayat daripada Kata Hubung dan Kata Bantu
        1.   Soalan menghendaki calon membina ayat berdasarkan kata hubung dan kata bantu.
        2.   Kata hubung ialah kata yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal
           atau lebih daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih
           daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk.
        3.   Kata hubung terbahagi kepada:
           (a)   Kata hubung gabungan – Jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama taraf
               sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk
               gabungan.
               (i)   Contoh kata hubung gabungan ialah lalu, dan, tetapi, atau, bahkan, lantas, maka, serta, dan
                    sambil.
               (ii)   Contoh penggunaan dalam ayat: Malik membuka almari lalu mengambil bajunya.

           (b)   Kata hubung pancangan – Jenis kata hubung yang menghubungkan klausa-klausa tak setara   Bab     2
               atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi
               kepada tiga jenis, iaitu:
               (i)   kata hubung pancangan relatif – kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama
                    dengan satu klausa kecil yang lain. Bentuk kata hubung pancangan relatif ialah “yang”.
               (ii)   kata hubung pancangan komplemen, – berfungsi untuk menghubungkan satu klausa yang
                    menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua contoh kata komplemen
                    yang sering digunakan ialah “bahawa” dan “untuk”.
               (iii) kata hubung pancangan keterangan. – berfungsi untuk menghubungkan klausa yang menjadi
                    keterangan pada satu klausa utama. Contoh kata keterangan adalah seperti; “kerana, hingga,
                    kalau, agar, jika, sungguhpun, supaya, apabila”.
        4.   Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan atau ragam yang
           berkaitan dengan sesuatu kata kerja.
        5.  Kata bantu terbahagi kepda dua jenis, iaitu:                                    Kata
           (a)   Kata bantu aspek – telah, sudah, sedang, masih, dan akan                   Bantu
           (b)   Kata bantu ragam – mahu, hendak, enggan, boleh, dan mesti          INFO 13

        Contoh Soalan dan Jawapan
                      Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata hubung dan kata bantu.
          Soalan
                     Kemudian, anda dikehendaki untuk membina  satu ayat anda sendiri daripada setiap
                     perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda
                     tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan
                     itu sebagai peribahasa atau nama khas.
                Ketagihan permainan Internet sudah tentu memberikan impak yang negatif. Remaja
          akan  menghabiskan  masa  yang  banyak  di  hadapan  komputer dan juga  bersosial  secara maya
          dengan alat peranti masing-masing. Masa dan tempat serta keadaan tidak lagi menjadi isu
          apabila ada akses Internet, maka ketagihan terhadap permainan akan dilakukan supaya dapat
          melepaskan ketagihan. Lama-kelamaan, hal tersebyt akan menjadi rantaian kehidupan dan
          ketagihan terhadap permainan atas talian tidak dapat dielakkan. Masa berharga hanya dibiarkan
          berlalu demi memenuhi ketagihan. Hal ini ialah impak yang amat buruk kepada remaja. Pada
          waktu malam, mereka menghabiskan masa dengan melayari Internet. Natijahnya, dalam jangka
          panjang, remaja akan berhadapan dengan masalah kesihatan.







                                                                                            87
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19