Page 13 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 13

Bahasa Malaysia
        Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
         (d)   Kata kerja pasif dengan apitan ke-...-an – Kata kerja pasif dengan apitan ke-...-an terbentuk apabila
             kata dasar menerima apitan ke-...-an lalu membentuk kata kerja dalam ayat pasif. Contohnya,
             kelihatan. kecurian, kemalangan, kesempitan, kelparan, dan sebagainya.
         (e)   Kata kerja pasif dengan kata kena – Kata kerja pasif dengan kata kena ialah kata kerja tunggal
             yang didahului oleh kata kena dalam ayat pasif.  Contohnya, kena dera, kena pukul, kena tangkap,
             dan sebagainya.
      4.   Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti putih,
         kecil, kuat, ramai dan sedikit, sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.
      5.   Kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas predikat sesuatu ayat.
      6.   Kata adjektif dapat diikuti dengan kata penguat seperti amat, paling, sangat, dan sungguh. Contohnya;
         amat cantik, sungguh rajin, paling baik, dan tersohor.
      7.   Kata adjektif terbahagi kepada lapan jenis, iaitu;
         (a)   sifat / keadaan –baik, bagus, nakal, keras   (e)   waktu – pagi, petang, malam, siang
         (b)   warna – hitam, putih, biru, kuning     (f)   jarak – dekat, jauh, singkat, lama
 Bab     2
         (c)   ukuran – besar, kecil, panjang, pendek   (g)   perasaan – rindu, benci, marah, takut
         (d)   bentuk – bulat, lonjong, segi empat, segi tiga   (h)   pancaindera – masam, pahit, manis, tawar

      Contoh Soalan dan Jawapan
        Soalan      Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan  dua kata kerja pasif dan  dua
                    kata kerja adjektif. Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri
                    daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud
                    penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau
                    menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

              Pengurusan masa yang efektif amat penting bagi seseorang untuk mencapai kejayaan
       dalam hidupnya. Rahsia kecemerlangan seseorang individu ialah kemampuannya menguruskan
       masa dengan baik. Namun begitu, pengendalian masa bukanlah mudah. Banyak cabaran dan
       godaan yang akan dihadapi oleh seseorang individu. Disiplin diri yang kuat dan pendirian diri
       yang teguh amat diperlukan agar seseorang itu tidak lalai dan alpa daripada tugas sebenar mereka.
       Teknik pengurusan masa yang baik amat penting dalam kalangan murid sebagai panduan untuk
       menguruskan masa secara sistematik dan tidak terperangkap oleh kekangan masa.

       Jawapan

       Kata kerja pasif
       (i)   dihadapi
            Ayat: Setiap masalah dan cabaran perlu dihadapi oleh remaja dengan jiwa yang tenang agar
            mereka dapat menanganinya dengan baik.
       (ii)   diperlukan
            Ayat:  Banyak  wang  yang  diperlukan  oleh  para  peserta  lawatan  ke  luar  negara  itu  untuk
            menampung kos pengangkutan dan penginapan.
       Kata adjektif
       (i)   kuat
            Ayat: Orang kurang upaya itu berjaya dalam hidupnya walaupun dia tidak seperti orang
            lain kerana dia mempunyai semangat yang kuat untuk berjaya.
       (ii)   lalai
            Ayat: Ibu selalu menasihati saya agar tidak lalai semasa berada di tempat awam supaya saya
            tidak menjadi mangsa ragut.

       86
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18