Page 17 - Focus SPM 2022 - Bahansa Melayu
P. 17
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
(d) Kata kerja pasif dengan apitan ke-...-an – Kata kerja pasif dengan apitan ke-...-an terbentuk apabila
kata dasar menerima apitan ke-...-an lalu membentuk kata kerja dalam ayat pasif. Contohnya,
kelihatan. kecurian, kemalangan, kesempitan, kelparan, dan sebagainya.
(e) Kata kerja pasif dengan kata kena – Kata kerja pasif dengan kata kena ialah kata kerja tunggal
yang didahului oleh kata kena dalam ayat pasif. Contohnya, kena dera, kena pukul, kena tangkap,
dan sebagainya.
4. Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti putih,
kecil, kuat, ramai dan sedikit, sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.
5. Kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas predikat sesuatu ayat.
6. Kata adjektif dapat diikuti dengan kata penguat seperti amat, paling, sangat, dan sungguh. Contohnya;
amat cantik, sungguh rajin, paling baik, dan tersohor.
7. Kata adjektif terbahagi kepada lapan jenis, iaitu;
(a) sifat / keadaan –baik, bagus, nakal, keras (e) waktu – pagi, petang, malam, siang
(b) warna – hitam, putih, biru, kuning (f) jarak – dekat, jauh, singkat, lama
Bab 2
(c) ukuran – besar, kecil, panjang, pendek (g) perasaan – rindu, benci, marah, takut
(d) bentuk – bulat, lonjong, segi empat, segi tiga (h) pancaindera – masam, pahit, manis, tawar
Contoh Soalan dan Jawapan
Soalan Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja pasif dan dua
kata kerja adjektif. Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri
daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Pengurusan masa yang efektif amat penting bagi seseorang untuk mencapai kejayaan
dalam hidupnya. Rahsia kecemerlangan seseorang individu ialah kemampuannya menguruskan
masa dengan baik. Namun begitu, pengendalian masa bukanlah mudah. Banyak cabaran dan
godaan yang akan dihadapi oleh seseorang individu. Disiplin diri yang kuat dan pendirian diri
yang teguh amat diperlukan agar seseorang itu tidak lalai dan alpa daripada tugas sebenar mereka.
Teknik pengurusan masa yang baik amat penting dalam kalangan murid sebagai panduan untuk
menguruskan masa secara sistematik dan tidak terperangkap oleh kekangan masa.
Jawapan
Kata kerja pasif
(i) dihadapi
Ayat: Setiap masalah dan cabaran perlu dihadapi oleh remaja dengan jiwa yang tenang agar
mereka dapat menanganinya dengan baik.
(ii) diperlukan
Ayat: Banyak wang yang diperlukan oleh para peserta lawatan ke luar negara itu untuk
menampung kos pengangkutan dan penginapan.
Kata adjektif
(i) kuat
Ayat: Orang kurang upaya itu berjaya dalam hidupnya walaupun dia tidak seperti orang
lain kerana dia mempunyai semangat yang kuat untuk berjaya.
(ii) lalai
Ayat: Ibu selalu menasihati saya agar tidak lalai semasa berada di tempat awam supaya saya
tidak menjadi mangsa ragut.
86
02 Focus SPM BM.indd 86 12/01/2022 2:39 PM

