Page 37 - Focus SPM 2022 - Bahansa Melayu
P. 37
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 4 Rumusan
Terdapat pelbagai faktor jenayah ini berlaku. Faktor utamanya ialah kurangnya didikan
agama yang diperoleh para pelakunya. Dengan itu, mereka tidak dapat menilai perlakuan mereka
yang sememangnya berdosa besar dan dilaknat oleh agama. Kita mengakui bahawa ada orang
yang zahirnya kelihatan sebagai orang yang taat kepada agama turut melakukan perbuatan keji ini.
Golongan ini melakukan perbuatan ini kerana mereka gagal mengawal nafsu seks mereka sehingga
syaitan menguasai perlakuan mereka.
Selain itu, penderaan seksual terhadap kanak-kanak berlaku kerana pengaruh Internet yang
memaparkan perlakuan seks. Hal ini akan mempengaruhi fikiran penjenayah untuk melakukannya.
Tambahan pula, ada dalam kalangan penjenayah tersebut pernah menjadi mangsa penderaan
seksual semasa mereka kecil. Keadaan ini menimbulkan ketagihan kepada mereka untuk melakukan
perbuatan itu kepada kanak-kanak lain. Penderaan seksual juga berlaku kerana sikap sesetengah
ibu bapa yang kurang mengambil berat tentang aduan yang disampaikan oleh anak-anak mereka.
Lazimnya, apabila anak mula didekati oleh penjenayah, mereka akan melakukan amang seksual
untuk menggoda mangsa. Anak-anak biasanya akan memberitahu ibu bapa mereka, tetapi ibu
bapa jarang mahu mempercayai aduan itu sehinggalah keadaan menjadi lebih buruk.
Malahan, jenayah ini turut berlaku kerana sikap lepas tangan ibu bapa terhadap anak-anak
mereka. Ada ibu bapa yang tidak mengambil kisah tentang anak-anak mereka yang berkeliaran
seorang diri di kawasan perumahan. Keadaan ini mendorong penjenayah untuk melarikan mangsa
dan melakukan jenayah tersebut. Di samping itu, jenayah ini juga dilakukan oleh ayah tiri yang
menganggap anak tirinya sebagai stimulasi seksual. Hal ini biasanya berlaku bagi seseorang ibu
tunggal yang berkahwin dengan pasangan baharu. Di samping itu, penagihan dadah dan arak
boleh juga menjadi faktor jenayah ini berlaku kerana fikiran pelaku yang tidak waras. Natijahnya,
anak-anak yang menjadi mangsa penderaan seksual ini sudah pasti mengalami trauma yang
berpanjangan.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Jenayah Seksual: Penderaan Seksual Kanak-kanak” oleh Goh
Chee Eong dan Lee Ming Ting.)
Bahan 2 – Grafik
Cara Bijak Menjaga Keselamatan Diri
Tiada sesiapa yang boleh
menyentuh saya dan meminta
Bab 4
saya merahsiakannya.
Jika ada seseorang yang
menyentuh saya dan meminta
merahsiakannya, saya mesti
memberitahu orang dewasa.
TUBUH SAYA,
MILIK SAYA.
270
004a Focus SPM BM.indd 270 12/01/2022 2:41 PM

