Page 49 - Focus SPM 2022 - Bahansa Melayu
P. 49
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 4 Rumusan
masalah kewangan, ibu bapa terpaksa bekerja lebih masa untuk mendapat wang yang cukup untuk
membayar hutang mereka. Akibatnya, anak-anak di rumah dibiarkan untuk menguruskan diri
mereka sendiri. Kelompangan dalam pendidikan ini khususnya aspek agama akan menyebabkan
anak-anak mudah terjebak dalam gejala sosial.
Amalan berhutang juga boleh meningkatkan kadar jenayah di negara kita . Hal ini demikian
kerana, seseorang yang banyak hutang akan sanggup melakukan jenayah untuk mendapatkan wang
dengan cara yang mudah. Mereka akan merompak, memeras ugut, atau menculik sebagai jalan
untuk mendapatkan wang. Tambahan lagi, amalan berhutang juga menyebabkan sesetengah orang
terjebak dalam gejala sosial untuk mendapatkan wang dengan segera. Ada wanita yang sanggup
menjadi pegawai perhubungan pelanggan di kelab-kelab malam demi mendapatkan wang. Tidak
kurang juga yang sanggup menjadi pelacur. Hal ini amat mendukacitakan kerana hutang telah
menyebabkan maruah diri menjadi terlalu murah harganya. Keadaan ini menunjukkan betapa
buruknya kesan amalan berhutang kepada seseorang individu. Dengan itu, kita haruslah ukur baju
di badan sendiri sebelum membuat sesuatu hutang baharu.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Buruknya Amalan Berhutang’, Muhammad Lutfi Zahid
Dewan Siswa, November 2018
Bahan 2 – Sajak
HUTANG
Hati-hati dengan hutang Wahai Awang Malang
salah rancang jadi gelandangan apakah kamu senang?
anakmu sudah hilang
Hati-hati dengan hutang
salah pandang boleh kecundang tanahmu tinggal sebidang
maruahmu hilang
Hati-hati dengan hutang anak orang naik toncang
tanah tak akan tinggal sebidang bini kamu tidak berpakaian
Hati-hati dengan hutang
orang di belakang sedang berang Sementara hutang belum berusang
mari kita bersidang
Kalau asyik berhutang sama berbincang
Bab 4
harga diri akan hilang jangan tersasar pandang
salah hari kena lempang
entah-entah kena terajang Sarji Kasim Bera
mengerang seorang 03. 11. 2014
282
004a Focus SPM BM.indd 282 12/01/2022 2:41 PM

