Page 46 - Focus SPM 2022 - Bahansa Melayu
P. 46

Bahasa Malaysia
                                                                    Bahasa Melayu  SPM   Bab 4 Rumusan
                   Selain itu, industri pelancongan negara turut berhadapan dengan cabaran isu alam
            sekitar. Banyak kawasan rekreasi di negara kita dicemari sampah sarap dan air laut menjadi
            kotor. Hal ini mengurangkan minat pelancong berkunjung ke negara kita. Selain itu, isu jerebu
            juga boleh menjejaskan kualiti alam sekitar yang turut menjejaskan industri pelancongan
            negara. Semasa jerebu melanda negara kita, banyak pelancong yang membatalkan tempahan
            aktiviti pelancongan mereka. Malahan, serangan wabak penyakit seperti COVID-19 juga
            melumpuhkan industri pelancongan di seluruh negara. Di samping itu, terdapat sesetengah
            peniaga  tempatan yang  mencekik  darah  pelancong  asing  dengan mengenakan  bayaran  yang
            mahal.  Hal  ini  memudarkan  minat  pelancong  asing  datang  ke  negara  kita.  Peniaga  teksi
            mengenakan tambang yang mahal dan peniaga makanan menjual makanan dengan harga yang
            tidak masuk akal. Sikap sebegini memberi kesan buruk kepada industri pelancongan dalam
            jangka panjang.
                   Selain itu, ada peniaga yang menyampaikan maklumat yang kurang tepat tentang perkhidmatan
            pelancongan mereka. Sebagai contohnya, ada pengusaha inap desa memaparkan keindahan tempat
            mereka melalui laman web kepada pelancong. Apabila pelancong datang, keadaan tersebut tidak
            sama seperti yang digambarkan dalam laman web. Iklan bersifat ‘ indah khabar dari rupa’ itu akan
            memudarkan keinginan pelancong berada lebih lama di negara kita. Malahan, ada peniaga juga yang
            tidak jujur kepada pelancong asing dengan memberikan produk yang tidak berkualiti. Akibatnya,
            pelancong asing berasa tertipu dengan sikap buruk itu. Mereka akan tawar hati kepada negara
            kita dan menjadikan cerita ini sebagai cerita di negara mereka. Akibatnya, pelancong dari negara
            tersebut tidak lagi datang ke negara kita.

                  Dipetik dan diubah suai daripada ‘Halangan atau Cabaran Industri Pelancongan di Malaysia’,
                                                                                pelanconganblogspot.


           Bahan 2 – Grafik
            TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020 (TMM2020)


            FOKUS                           TMM2020 menjadi      Sasaran 30 juta   Peruntukan RM90 juta
                                                                                   kepada Kementerian
                                                                 pelancong serta
                                             pemangkin untuk
            Ekopelancongan, seni dan budaya    mencapai         RM100 bilion resit   Pelancongan, Seni dan
            yang selaras dengan Pelan      sasaran-sasaran yang   pelancongan      Budaya Malaysia bagi
            Ekopelancongan Kebangsaan        ditetapkan bawah                      aktiviti/ program yang   Bab     4
            2016 – 2025 & Dasar Budaya     Pelan Transformasi                       berkaitan dengan
            Kebangsaan sebagai jalan menuju   Pelancongan                         promosi dan kesedaran
            ke depan dalam pembangunan         Malaysia                            bagi pasaran domestik
            industri pelancongan Malaysia                                           dan antarabangsa
             TEMA KEMPEN TAHUN
             MELAWAT MALAYSIA
             1    1990
                 Fascinating Malaysia.     IMPAK INDUSTRI PELANCONGAN KEPADA EKONOMI MALAYSIA
                  Year Of Festivals
             2    1994                    Keluaran Dalam Negara    Guna tenaga dalam industri ini
                 Fascinating Malaysia.    Kasar (KDNK) meningkat meningkat 4.9% kepada
                  Naturally More                                   3.5 juta orang & menyumbangkan
                2007                       RM (bilion)
             3  Celebrating 50 Years of                RM220.6     23.5% (2018) kepada
                 Nationhood               400   RM201.4  (15.2%)   jumlah keseluruhan
                                                (14.6%)
             4  2014                      200                      guna tenaga
                Meraikan 1Malaysia Truly Asia                      negara berbanding
             5  2020                      100                      22.9% (2017)
                Visit Truly Asia Malaysia 2020
                                                2017    2018

                                                                                                279





   004a Focus SPM BM.indd   279                                                                  12/01/2022   2:41 PM
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51