Page 44 - Focus SPM 2022 - Bahansa Melayu
P. 44
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 4 Rumusan
7
Baca petikan dan sajak di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1 – Petikan
Pada zaman langit terbuka ini, sektor perindustrian harus diberikan fokus untuk menjanakan
ekonomi negara. Antaranya ialah industri desa kerana industri ini berpotensi tinggi dan mampu
memberikan sumbangan yang banyak terhadap kerancakan ekonomi negara. Bagi meningkatkan
kemajuan industri desa, para pengusaha harus meningkatkan kualiti produk bagi memenangi hati
pelanggan. Selain itu, pengusaha industri desa haruslah menghasilkan produk yang memenuhi cita
rasa pelanggan. Misalnya, pengusaha batik haruslah menghasilkan rekaan terbaharu. Malahan,
pengusaha juga haruslah melipatgandakan promosi mereka dengan menggunakan medium
Internet bagi memperluas liputan pasaran mereka.
Selain itu, masyarakat juga haruslah menyokong produk industri desa dengan membeli
produk tersebut. Jika ada kualiti yang kurang baik, masyarakat haruslah memberikan teguran
secara membina supaya pengusaha dapat meningkatkan kualitinya. Demikianlah sebaliknya, jika
kualiti produk itu amat baik, masyarakat harus menggunakan media sosial untuk menguar-uarkan
keunikan dan kehebatan produk tersebut. Di samping itu, rakyat Malaysia yang berada di luar
negara haruslah membantu pengusaha tempatan dengan menjadi wakil jualan produk tersebut di
luar negara. Hal ini dapat melebarkan pasaran produk industri desa. Pihak universiti juga boleh
mengadakan kerjasama strategik dengan pengusaha industri tempatan dari segi penyelidikan dan
pembangunan. Menerusi kerjasama ini, pihak universiti dapat membantu pengusaha mengeluarkan
produk berkualiti.
Malahan, penggunaan teknologi moden penting bagi meningkatkan kuantiti dan kualiti
produk industri desa. Hal ini penting agar produk industri desa berdaya saing khususnya di
pasaran antarabangsa. Oleh itu, semua agensi kerajaan yang terlibat perlu mengadakan kursus
tentang cara menggunakan peralatan mesin dan jentera. Jelaslah bahawa penggunaan alat teknologi
moden, akan menarik lebih banyak lagi mereka yang berminat menceburkan diri dalam industri Bab 4
desa. Di samping itu, aspek pemasaran juga haruslah seiring dengan perkembangan teknologi
maklumat pada masa ini. Para pengusaha haruslah memanfaatkan laman dagang seperti ‘Shopee’
dan ‘Lazada’ untuk meluaskan pasaran barangan mereka.
277
004a Focus SPM BM.indd 277 12/01/2022 2:41 PM

