Page 45 - Focus SPM 2022 - Bahansa Melayu
P. 45
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 4 Rumusan
Bahan 2 – Sajak
Cabaran Industri Desa
Cahaya suria luas bertebaran, Anak nelayan menangkap kuang,
Nampak cerah seluruh angkasa; Kuang diletakkan di hujung dahan;
Industri desa banyak cabaran, Bahan mentah pula berkurang,
Pengusaha usah berputus asa. Hasilkan barang tak cukup bahan.
Jadikan mainan burung serindit, Pucuk ketapang menjulang tinggi,
Dikejar-kejar di tengah halaman; Tempat hinggap burung pekaka;
Persaingan jadi semakin sengit, Tenaga kerja banyak yang pergi,
Barangan import jadi ancaman. Tak lagi sanggup di sini bekerja.
Anak nelayan pergi dermaga, Kalau pergi ke Pekan Selasa,
Pergi bersama si anak Daeng; Jangan lupa membeli tauhu;
Para pengeluar berlawan harga, Aduhai malang industri desa,
Pengusaha desa gagal bersaing. Hidup segan mati tak mahu.
Azahar Bahari
Ilham Bestari, Teluk Intan.
Fokus
Objektif Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)
• Membangunkan usahawan bumiputera luar bandar dalam semua bidang ekonomi yang berdaya maju dan dibenarkan
oleh undang-undang.
• Menggalakkan penglibatan dan pembangunan usahawan bumiputera bagi mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan
pendapatan serta perniagaan yang berdaya maju kepada masyarakat di luar bandar.
• Memajukan sektor-sektor ekonomi yang berpotensi tinggi di luar bandar.
8
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak
melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
Bab 4
mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1 – Petikan
Industri pelancongan penting kepada negara kita kerana industri ini menjanakan ratusan
bilion ringgit setiap tahun kepada negara kita. Oleh itu, kerajaan berusaha untuk
meningkatkan industri ini agar terus berdaya maju dan memberikan impak positif kepada
ekonomi negara. Namun demikian, industri ini sering berhadapan dengan pelbagai cabaran.
Antara cabarannya ialah persaingan dengan negara-negara lain terutama negara di rantau
ASEAN. Setiap negara di ASEAN mempunyai keistimewaan tersendiri yang menjadi pusat
tarikan masing-masing. Di samping itu, terdapat juga cabaran daripada segi kejadian jenayah
yang semakin meningkat di negara kita. Hal ini menyebabkan pelancong asing berasa tidak
selamat semasa berada di negara kita. Tambahan pula, banyaknya penipuan Internet yang
turut membimbangkan pelancong asing. Hal ini demikian kerana semasa berada di negara ini,
data peribadi mereka mudah dibocorkan oleh pihak tertentu.
278
004a Focus SPM BM.indd 278 12/01/2022 2:41 PM

