Page 48 - Focus SPM 2022 - Bahansa Melayu
P. 48
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 4 Rumusan
Bahan 2 – Grafik
Jom Kitar Semula!
Kitar semula akan mengubah sisa menjadi sumber-sumber yang bernilai.
Kitar semula juga boleh mengurangkan penggunaan bahan-bahan
semula jadi, menjana sumber kewangan, dan memberikan faedah sosial.
Bahan-bahan yang boleh dikitar semula:
Reduce
(Kurangkan)
• Beli produk isian semula
• Gunakan kain tuala bagi
menggantikan tisu
• Gunakan e-mel untuk Reuse
menghantar surat/ dokumen
(Guna semula) KACA KERTAS PLASTIK
• Bawa beg yang boleh
diguna semula semasa
membeli barang
Recycle • Bawa bekas makanan Kaca: Kertas: Plastik &
Majalah,
Lutsinar/
(Kitar semula) sendiri berwarna, surat khabar, buku, Aluminium:
• Kertas surat khabar • Guna bekas botol minuman, kotak Lutsinar/ berwarna,
tin minuman
botol vitamin,
boleh dijadikan pelbagai minuman semula bekas kosmetik dan makanan
kraf tangan menarik sebagai hiasan
atau bekas alat tulis
2. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak
melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1 – Petikan
Setiap manusia pasti menginginkan kehidupan yang serba sempurna. Tiada seorang pun
individu yang mahu hidup dalam keadaan serba kekurangan dan kesusahan. Namun demikian,
ada yang sanggup mengambil jalan singkat untuk memenuhi keperluan mereka dengan
berhutang. Amalan berhutang memberikan impak negatif terhadap kedudukan kewangan Bab 4
seseorang kerana terpaksa membayar wang lebih atas pinjaman yang dilakukan. Oleh itu,
kedudukan kewangan mereka menjadi kian kritikal apabila pinjaman dilakukan. Selain itu,
amalan berhutang juga akan menyebabkan seseorang itu mengalami masalah tekanan yang
boleh menjejaskan kesihatannya. Tidurnya akan terganggu apabila memikirkan hutang yang
perlu dijelaskan sedangkan sumbernya masih tiada. Malahan, kajian juga mendapati amalan
berhutang juga boleh memporak-perandakan sesebuah keluarga terutama apabila ahli keluarga
tersebut meminjam wang daripada lintah darat.
Amalan berhutang juga boleh meningkatkan statistik pesakit mental dan masalah
kemurungan dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana, mereka tidak mempunyai
wang yang cukup untuk membayar pinjaman tersebut sedangkan pihak yang memberikan
pinjaman akan menekan mereka pada setiap masa. Malahan, amalan berhutang juga menyebabkan
pendidikan dalam institusi keluarga akan terencat. Apabila sesebuah keluarga berhadapan dengan
281
004a Focus SPM BM.indd 281 12/01/2022 2:41 PM

