Page 47 - Focus SPM 2022 - Bahansa Melayu
P. 47
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 4 Rumusan
Latihan SPM
Bahagian C
Rumusan
[30 markah]
Pilih satu daripada soalan-soalan di bawah ini.
1. Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1 – Petikan
Kempen kitar semula sudah lama dilaksanakan, namun sokongan masyarakat terhadap kempen
ini masih rendah. Hal ini membuktikan usaha selama ini bagaikan mencurah air ke daun keladi
walhal amalan kitar semula ini banyak manfaatnya. Manfaat yang paling utama ialah amalan ini
dapat menangani masalah kekurangan tapak pelupusan sampah. Akibat pertambahan penduduk,
maka kadar pembuangan sampah juga semakin banyak. Malahan, amalan kitar semula dapat
menjanakan pendapatan kepada sesetengah pihak. Mereka mengutip barangan kitar semula
sebagai pendapatan tambahan. Selain itu, semakin banyak kilang kitar semula dibuka sekali gus
mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Selain itu, amalan kitar semula dapat mengekalkan alam sekitar. Hal ini demikian kerana,
penghasilan sesuatu produk dapat dihasilkan dengan menggunakan barangan kitar semula. Sebagai
contohnya, penghasilan kertas daripada kertas yang dikitar semula dapat mengelakkan penebangan
pokok. Malahan, amalan kitar semula juga dapat menjamin kebersihan alam sekitar kita. Jika
dahulu, tong-tong plastik, tin-tin kosong dan kotak akan dibuang di merata-rata tempat sehingga
mengotorkan kawasan persekitaran. Kini, barangan tersebut tidak akan terbuang kerana ada orang
yang akan mengutipnya untuk memperoleh pendapatan. Hal ini dapat menjadi sumber pendapatan
dan dapat membersihkan alam sekitar.
Amalan kitar semula juga dapat menangani kepupusan haiwan liar. Hal ini demikian
kerana, penggunaan bahan kitar semula dapat menyelamatkan sesuatu habitat itu dimusnahkan.
Bab 4
Misalnya, penggunaan kertas kitar semula mampu menyelamatkan kawasan hutan yang menjadi
habitat haiwan. Di samping itu, masalah kesan rumah hijau juga dapat dikurangkan melalui kitar
semula. Menurut kajian, penghasilan barang baharu daripada bahan mentah menggunakan lebih
banyak tenaga berbanding menghasilkan barang baharu daripada barang terbuang. Gas-gas yang
dikeluarkan dari kilang seperti karbon monoksida, sulfur oksida, dan metana marupakan punca
kesan rumah hijau sekali gus menjurus kepada pemanasan global. Hal ini terjadi apabila banyak
tenaga yang digunakan ketika menghasilkan sesuatu barang.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kitar Semula Amalan Terbaik’, Cikhijau.25
280
004a Focus SPM BM.indd 280 12/01/2022 2:41 PM

