Page 8 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 8

TEMA


               2            Insan Terdidik, Negara Sejahtera





                                                                                    Buku teks ms: 14 – 26

                    Kemahiran Mendengar dan Bertutur

                    Mendengar, mengenal, menyebut dan mengenal pasti perbezaan sebutan perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai
              SP 1.1.1  ujaran dengan jelas dan betul.
             Dengar petikan yang dibaca oleh rakan anda. Kenal pasti perbezaan sebutan perkataan,
             rangkai kata, istilah, dan ungkapan yang berhuruf tebal dengan jelas dan betul.

                                 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
                 Kacang pistasio mengandungi sumber protein, antioksidan, dan
                 serat yang sangat baik. Kandungan vitamin B6 yang terkandung
                 dalam kacang pistasio mampu meningkatkan kadar penghasilan
                 hemoglobin dalam darah. Oleh itu, peredaran darah dan oksigen
                 dapat dibekalkan ke seluruh anggota badan termasuk otak.
                 Hasilnya, minda seseorang mampu memberikan tumpuan dengan
                 baik dan lebih fokus. Selain kacang pistasio, banyak lagi makanan
                 berkhasiat untuk  kesihatan  minda, antaranya  ialah  telur.  Telur
                 kaya dengan protein yang sangat baik untuk kecerdasan. Selain
                 itu, kuning telur juga terbukti mengandungi kolina yang dapat membantu perkembangan
                 memori. Madu lebah pula kaya dengan fruktosa, iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus
                 ke dalam darah untuk memberikan tenaga. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen
                 mencerdaskan otak.
                     Di samping itu, buah strawberi, beri biru, dan beri merah memiliki kandungan antioksidan
                 dengan  kadar  yang  tinggi  serta  vitamin  C.  Ekstrak  buah-buahan  ini  dapat  membantu
                 memperbaik fungsi daya ingatan. Ikan salmon pula merupakan jenis ikan yang memang sudah
                 tidak perlu diragukan manfaatnya untuk otak. Kandungan asid lemak omega-3 dan asam
                 eikosapentanoat (EPA) memiliki manfaat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan
                 fungsi otak.













                    Bestari Kata

               •  antioksidan – bahan yang dapat melambatkan proses pengoksidaan         Nota Visual
               •  fruktosa – gula yang terdapat dalam madu dan buah-buahan               Dos Harian Vitamin C
               •  agen – sesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas
               •  ekstrak – keluaran bahan tertentu daripada sesuatu bahan tumbuhan, haiwan, dan sebagainya


              TAHAP PENGUASAAN  1  2  3  4  5  6          5                         © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13