Page 6 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 6
Bahasa Melayu Tingkatan 4 Tema 1
Kemahiran Menulis
SP 3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai.
Baca petikan tentang keindahan panorama di Tasmania. Kemudian, pilih satu tempat menarik
di Tasmania yang ingin anda lawati dan berikan alasan anda memilih tempat tersebut sebagai
destinasi percutian anda. KBAT Menilai
Tasmania dikenal sebagai Negeri Taman atau Pulau Inspirasi kerana alam semula jadinya yang indah,
banyak pulau, dan antara Tapak Warisan Dunia UNESCO yang mengagumkan. Tasmania merupakan
destinasi yang sempurna untuk melihat tarikan bandar dan wilayah yang pelbagai, semula jadi, dan
buatan manusia.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
Bandar bersejarah Port Arthur misalnya, antara tarikan Tasmania
yang paling popular. Dari tahun 1833 hingga 1853, Port Arthur menjadi
penjara yang menempatkan banduan tetapi kini dijadikan muzium yang
menarik untuk dilawati.
Jika anda ke Tasmania, jangan lupa untuk singgah di
Trek Three Capes. Hal ini demikian kerana, pemandangan di
sini sangat menakjubkan, iaitu menggabungkan lautan biru,
tebing laut yang tinggi, dan udara yang sangat menyegarkan.
Selain itu, di sini juga anda dapat melihat hidupan marin
seperti anjing laut dan ikan lumba-lumba.
Little Blue Lake pula asalnya tapak perlombongan. Lihatlah
warna airnya yang luar biasa. Warna kebiruan yang berasal
daripada kandungan mineralnya yang tinggi menjadikan Little
Blue Lake umpama taman syurga di Australia.
Sekiranya saya berpeluang untuk melancong ke negara Tasmania,
saya ingin sekali mengunjungi Little Blue Lake kerana saya mahu
menyaksikan warna air yang kebiruan di tasik tersebut agar dapat
membuat perbandingan dengan tasik yang ada di negara ini.
TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6 3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

